Oleh JAW
KOTA KINABALU: Kerajaan diminta mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu di Sandakan dan diletakkan di kawasan Parlimen Libaran seiring dengan pertambahan penduduk dan kepesatan pembangunan di daerah itu.
Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Haji Nasir ketika menzahirkan permintaan itu berkata, dengan adanya hospital tersebut penduduk di Parlimen Libaran terutama di kawasan pendalaman dan pulau-pulau dan kawasan sekitar akan berpeluang mendapat eksis kesihatan yang terdekat selain fasiliti kesihatan lengkap tanpa perlu ke hospital Duchess Of Kent Sandakan yang sudah tidak dapat menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat
Katanya, ketika ini Hospital Duchess Of Kent Sandakan terpaksa menampung jumlah pesakit yang ramai dari tiga buah kawasan Parlimen di bandar Sandakan selain pesakit dari daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Beluran dan Telupid.
“Lebih memburukan keadaan hospital ini, turut mengalami kekurangan tenaga doktor pakar seperti pakar jantung,bedah dan bius, justeru itu adalah wajar untuk membina sebuah hospital kedua yang baharu dan diletakan di kawasan Parlimen Libaran,” katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur pada khamis.
Menurut Suhaimi yang juga Ketua UMNO bahagian Libaran pembinaan hospital baharu di kawasan Libaran bukan sahaja mengurangkan kadar kesesakan di bandar Sandakan dan kesesakan di hospital Duchess Of Kent Sandakan juga mengalami kesesakan disebabkan kawasannya terhad ini termasuklah kawasan untuk meletakan kenderaan.
Dalam perkembangan yang sama Suhaimi berkata dalam Belanjawan 2024 kerajaan Peraduan memperlihatkan komitmen yang tinggi melalui peningkatan peruntukan Pembangunan kepada Sabah iaitu sebanyak RM6.6 bilion berbanding belanjawan 2023 yang berjumlah RM 6.6 billion dimana kadar kenaikan peruntukan ini, seiring dengan usaha memperkasakan perjanjian 1963 (MA63)
“Saya berharap daripada peruntukan ini Kerajaan negeri akan memanafaatkan sepenuhnya peruntukan yang diluluskan untuk menyelasaikan isu isu utama terutamanya isu insfrastruktur asas jalanraya, air dan eleketrik yang membelanggu kehidupan rakyat Sabah,” katanya.