Isu kemalangan dikaitkan kualiti jalan raya daif – Rahia Arpaih

KINABATANGAN: Jabatan Kerja Raya digesa agar lebih canka dan prihatin terhadap isu kerosakan yang serius di beberapa jalanraya di daerah ini.

Advertisements

Ketua Penerangan UMNO bahagian Kinabatangan Rahia Haji Arpaih berkata kerosakan yang ada terbiar begitu sahaja sehingga menjejaskan keselesaan pengguna jalanraya dan boleh menyebabkan kemalangan berlaku.

Katanya beberapa minggu yang lalu satu kemalangan jalanraya telah berlaku berhampiran pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Kinabatangan yang menyebabkan seorang mangsa telah terkorban.

“Semasa kejadian jalan sememangnya berlubang dan lori cuba mengelak lubang bagaimana pun tersasar dan melanggar kereta bertentangan menyebabkan kemalangan berlaku dan seorang mangsa terkorban dalam kejadian itu,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Rahia dalam tempoh kurang 24 jam hasil maklumat orang ramai selepas kejadian tersebut, “jalanraya di kawasan kemalangan barulah diperbaiki”.

“ Saya kesal sekiranya JKR lebih cakna dan ada pemantaun kemungkinan kemalanagan ini boleh dielakkan. Oleh itu saya meminta JKR agar kerap turun padang memantau keadaan jalanraya di kawasan ini atau mengarahkan konsesi yang terlibat memperbaikinya segara” jelas Rahia.

Menurut Rahia selepas beberapa hari kejadian ini berlaku, satu lagi kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius berlaku apabila seorang pelancong menunggang motosikal terbabas setelah motosikal beliau tunggang terbebas melanggar lubang di jalan masuk menunju ke kampung Bilit Kinabatangan.

“Kebanyakan kes kemalangan ini berlaku kerana faktor jalanraya yang berlubang-lubang saya yakin jika ada pemantauan dan pembaikan segara dari pihak yang bertanggungjawan kemalangan ini boleh dielak” tegas Rahia.

Sehubungan itu, menurut Rahia Kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya perlu sentiasa turun padang membuat pemantauan serta mengarahkan konsesi yang terlibat serta mengambil tindakan serta merta bagi memperbaiki kerosakan yang ada agar kejadian yang tidak diingini berlaku dapat dielakkan demi keselesaan pengguna bukan sahaja di daerah ini malah di seluruh daerah di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles