Henti manipulasi isu kaum agama ketika berbahas demi kejar kepentingan politik – Bung

Oleh JAW

Advertisements

KUALA LUMPUR: Memulakan mukadimah perbahasan, ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Rabu, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menegur sikap beberapa anggota Parlimen dari Blok Pembangkang dan Kerajaan yang menggunakan sentimen agama dan kaum dalam sesi perbahasan mereka agar menghentikan budaya seumpama itu.

Katanya anggota Parlimen yang berjumlah 222 orang mewakili kira kira 36 juta rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama, dan oleh itu “ketika berbahas janganlah menimbulkan provokasi yang melampau sehingga menyentuh soal agama dan kaum”.

“Kita menjadi tontotan dan perhatian oleh rakyat Malaysia malah seluruh dunia, yang seharusnya menjadi teladan kepada semua pihak, perbuatan atau perbahasan yang menyentuh perkara sensitif terutama agama boleh menjejaskan keharmonian kaum yang perlu dielak semasa berbahas,” katanya semasa perbahasan tersebut.

Katanya, ucapan kafir mengkafir perlu dielak , sebaiknya anggota Parlimen perlu berbahas dengan berhemah tanpa menguris perasaan orang lain.

“Dalam soal agama Islam mungkin pengetahuan saya masih agak kurang, tapi dalam al quran pun disebut dalam surah Al Kafirun “Untukmu agamamu dan untukku agamaku” sebagai umat muslim yang shaleh, kita dianjurkan untuk mengormati kepercayaan orang lain, justeru hentikanlah perbahasan yang boleh memecah belahkan keharmonian kaum,” tegas Bung.

Ditemui selepas persidangan itu, Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, “sudah 66 tahun kita merdeka, bebas hidup dalam negara demokrasi, bebas ke mana sahaja, bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing”.

“Ini tidak bermakna kita juga bebas melakukan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan yang sudah enam dekad dipupuk?

“Belum cukupkah pengajaran daripada tragedi 13 Mei 1969, insiden rusuhan kaum yang sepatutnya sudah banyak mengajar kita erti perpaduan dan seharusnya menjadi iktibar bagi mengelakkan negara kacau bilau dan musnah akibat sengketa sesama kita, rakyat Malaysia,” tambah Bung.

Bung menambah dalam negara pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia, tolak ansur perlu diutamakan, bukannya mementingkan masa depan politik parti atau mahu menjadi hero kerana bimbang kalah dalam pilihan raya.

“Sebab itu kita selepas pilihanraya umum (PRU) ke 15 kita membentuk Kerajaan Perpaduan sebagaimana yang dititihkan oleh Yang Dipertuan Agong dengan harapan konsep perpaduan dalam negara yang pelbagai agama dan bangsa dapat disatukan untuk membangun negara yang tercinta,” katanya.

Menurut Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah, jika rakyat Malaysia terus berpecah belah dan pemimpin gagal menunjukan contoh yang terbaik kepada rakyat keharmonia dan keamanan gagal dicapai dan ini sudah tentu membantutkan usaha untuk terus memacu Pembangunan dan ekonomi negara.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles