Ketua penerangan UMNO empat peringkat perlu mainkan peranan sebar maklumat betul, tepat kepada ahli – Mohd Rafi

Oleh JAW

Advertisements

LABUAN: Ketua UMNO bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Datuk Mohd Ali Hassan menjelaskan Penerangan UMNO di semua peringkat, bahagian Wanita Pemuda Puteri termasuk di peringkat cawangan-cawagan perlu bergerak sebagai satu entiti bagi memastikan maklumat sampai kepada golongan disasarkan.

Katanya, kaedah atau strategi komunikasi UMNO bukan sahaja perlu berubah, malah perlu disesuaikan mengikut perkembangan semasa politik hari ini supaya ia menepati kumpulan sasaran.

Menurutnya dalam era ledakan teknologi maklumat masa ini, pendekatan baharu wajar dilakukan oleh UMNO khususunya jawatankuasa Biro Penerangan dalam menghadapi cabaran dunia media baharu haru ini

“UMNO perlu bermuhasabah dan melaksanakan penambahbaikan dalam memastikan fungsi serta peranan Penerangan parti itu terus menjadi medium terpenting dalam menyebarkan maklumat parti kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan bersama Ketua Ketua Penerangan UMNO bahagian Labuan empat peringkat di sini kemarin.

Menurut Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Penerangan UMNO perlu sentiasa peka dan cakna terhadap isu semasa, terutamanya isu-isu yang ditularkan di media sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di UMNO menjadi sasaranan mereka sehingga boleh kredibiliti menjejaskan imej parti dan kredibilit pemimpin UMNO.

“ Jangan membiarkan isu -isu yang ditularkan terutamanya di media sosial begitu sahaja apa lagi berita yang berunsurkan fitnah dan provokasi mengaitkan pemimpin dan parti tanpa menjawap dengan fakta, jika kita (penerangan) tidak bertindak balas berdiam diri seolah -olah mengiyakan dan ini akan menimbulkan presepsi negetif kepada umum yang akhirnya turut menjejaskan imej serta kekuatan parti” katanya.

Tambah Mohd Raffi UMNO khususnya Penerangan, perlu terus bersiap sedia jentera penerangan mestilah sentiasa membangunkan strategi komunikasi politik selaras dengan arus peredaran masa,” ujarnya.

Menurut beliau Penerangan UMNO perlu mempunyai satu pasukan yang mantap baik media cetak atau media baharu Facebook, Tik Tok, Instagram ,Blog, media on line bagi menyalurkan sebarang maklumat berhubung dengan program parti, program-program kerajaan dan isu-isu semasa.

“Selain mengenai situasi politik semasa, maklumat mengenai isu-isu lain seperti ekonomi dan sebagainya juga perlu disampaikan agar rakyat faham,”katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rafi menggesa agar ketua-ketua Penerangan Bahagian ,Wanita,pemuda puteri peringkat bahagian dan cawangan perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan serta ilmu agar maklumat yang disampaikan dapat memberi kesan positif.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles