Setiausaha Agung KDM Dr Gaim cadang “Jambatan Sungai Damit Bengkok” dijadikan produk pelancongan baharu Tuaran

TAMPARULI: Setiausaha Agung Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Dr Gaim James Lunkapis berharap “Jambatan Sungai Damit yang bengkok” tidak dirobohkan, dan sebaliknya dijadikan sebagai produk pelancongan yang baharu bagi daerah itu.

Advertisements

Menurutnya kebelakangan ini terdapat khabar angin bertiup kencang yang membayangkan jambatan bengkok itu bakal dirobohkan.

“Tidak salah buat jambatan baharu yang lebih selamat, Tetapi saya mencadangkan agar Jambatan Bengkok sedia ada dikekalkan. Ini kerana jambatan bengkok ini ada tarikan dan keunikan tersendiri.

“Di daerah ini terkenal dengan tarikan pelancong iaitu Rumah Terbalik di Tamparuli dan juga aktiviti luncur layar (paragliding), jadi saya percaya keunikan jambatan bengkok Sungai Damit ini mampu menambah nilai tarikan pelancong di daerah Tuaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daim berkata cadangan itu perlu dilihat secara holistik terutama impak positif ke atas sektor pelancongan dalam jangka panjang,

Pembinaan Jambatan Sungai Damit sepanjang 104 meter itu bermula pada April 2019.

Jambatan itu sepatutnya siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2020 sebelum dikesan pesongan struktur jambatan tersebut.

Mengikut jangkaan awal, jambatan itu memberi manfaat kepada kira-kira 7,000 penduduk kampung yang berada di situ.

Ia termasuk penduduk Kampung (Kg) Sawah, Sungai Damit, Bintangor, Pitas, Bantayan, Damat dan Bontoi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles