BEAUFORT: Generasi muda digesa melibatkan diri dalam program jati diri dan kepimpinan bagi menghindarkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Hajah Siti Aminah Hj Aching berkata ,selain didikan dan nasihat dari ibubapa, peranan pelbagai pihak persatuan-persatuan belia, badan NGO ,pertubuhan politik dan sebagainya perlu terlibat dalam menjayakan apa juga program yang boleh membina jati diri,daya kepimpinan dan konsep kerja berpasukan di kalangan belia.
“Melalui program kepimpinan dan jati diri, generasi muda mampu mencari potensi diri mereka dan menggunakannya ke arah kebaikan sejagat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena berucap majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan Bola Sepak 9 sebelah anjuran Pusat Khidmat Parlimen Beaufort bagi merebut piala sumbangan beliau sebagai Ahli Parlimen Beaufort di Kompleks Sukan Beaufort kemarin.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pegawai Khas Parlimen Beaufort Haji Jaludin Haji Kadir.
Sehubungan itu, Aminah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, Pusat Khidmat Parlimen Beaufort terpanggil untuk menganjurkan kejohanan bola sepak tersebut kerana meyakini sukan bola sepak mampu menarik minat generasi muda menyertainya dan dijadikan flatfrom untuk memperkasakan modal isan dalam kalangan belia disamping aktiviti seperti ini juga dapat menerapkan ciri-ciri kerja sama, hormat menghormati dan peningkatan disiplin di kalangan belia.
“ lSelain itu kita juga mahu aktiviti seperti ini dapat mengisi masa terluang golongan belia, sekaligus mengelak dari terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat dan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan khususnya bola sepak di kalangan belia untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
Menurut Aminah kerajaan sentiasa menggalakkan belia-belia aktif dalam kegiatan sukan dengan menyediakan pelbagai kemudahan sukan di setiap daerah dan ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.
Katanya, pewujudan gelanggang-gelanggang sukan seperti futsal adalah usaha kerajaan yang sangat dialu-alukan kerana membolehkan golongan belia mempunyai kemudahan untuk bergiat aktif dalam sukan tersebut.
Dalam perkembangan lain Aminah juga mengingatkan belia-belia supaya memanfaatkan kemajuan teknologi seperti internet, blog, laman sosial facebook dan twitter untuk perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan bagi membolehkan mereka sentiasa positif dalam menilai pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
“Sebagai generasi yang bermaklumat, kita perlu menggunapakai ledakan kemajuan teknologi untuk membangun Masyarakat elak mempercayai segala tomahan dan fitnah di media sosial yang akhirnya akan membawa perpecahan dan merugikan semua pihak Masyarakat dan negara ,” katanya.
Sebanyak 32 pasukan dari kawasan Parlimen Beaufort menyertai kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu 30 Sept-1 Oktober yang menawarkan hadiah piala madel dan wang tunai RM3,000 untuk johan, naib Johan Madel dan wang tunai RM2,000, tempat ketiga madel dan wang tunai RM 1,000 .tempat keempat wang tunai RM500.
Sementara itu, dalam perlawanan akhir pasukan Puarang FT menang tipis 2-1 mengenapikan pasukan Pergerakan Pemuda UMNO yang menduduki tempat Naib Johan sementara tempat ketiga dan ke empat masing-masing dimenangi oleh pasukan Beaufort Cops dan Silent FC.