Hajiji beri jaminan Dun Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli, Kiulu “tatap” milik GRS dalam PRN akan datang

TUARAN: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor yakin parti itu dan rakan komponen di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu mempertahankan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Advertisements

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, selain kerusi yang disandangnya, tiga kerusi lagi iaitu Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu diyakini kekal milik GRS atas kerjasama semua komponennya.

“Di Tuaran saya beri jaminan Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu tetap milik GRS pada PRN akan datang. Kita sedia menghadapi apa juga cabaran dan bertarung dengan mana-mana parti yang menentang kita di Tuaran”.

“Apa yang penting ialah kerjasama parti antara kita, jangan ada sabotaj antara kita. Kalau GRS sudah tentukan calon maka tugas kita Gagasan Rakyat untuk menangkan calon kita,” katanya.

Hajiji berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman 2023 di Dewan Sri Sulaman pada Ahad.

Turut hadir Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, para pemimpin parti komponen GRS dan Pakatan Harapan Sabah serta Gagasan Rakyat Sabah.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS turut menasihatkan perwakilan pada mesyuarat berkenaan dan rakan parti di keempat-empat DUN supaya sama-sama memastikan kemenangan berpihak kepada GRS.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan Negeri akan memastikan masalah gangguan bekalan air dan elektrik yang dialami rakyat Sabah ketika ini dapat diselesaikan dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun dari sekarang.

Hajiji beberapa langkah sudah diambil dan dilaksanakan untuk menambah kapasiti bekalan kedua-dua keperluan rakyat itu mulai sekarang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles