KOTA BELUD: Rakyat wajar membudayakan perpaduan dalam kehidupan seharian sebagai kunci utama kepada keharmonian kesejahteraan dan kemajuan negara.
Ketua UMNO bahagian Kota Belud Azuwan Marjan Norjan berkata perpaduan kaum menjadi antara faktor penting untuk Malaysia mencapai status negara maju selain kepesatan pembangunan dan ekonomi.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia perlu memperkukuh dan mengekalkan keharmonian hubungan antara kaum.
“Kemajuan negara bukan diukur menerusi kepesatan pembangunan ekonomi sahaja tetapi keharmonian antara kaum dan agama harus sentiasa dipelihara… sekiranya tidak diberi perhatian ia akan menyebabkan negara menjadi mundur dan ketinggalan,” katanya. Ketika berucap merasmikan program Sambutan Hari Kemerdekaan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kampung Pirasan dekat sini kemarin.
Menurut Azuwan dengan mengamalkan semangat perpaduan , rakyat Malaysia yang berjiwa murni akan dapat menanamkan semangat patriotisma dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara agar sentiasa makmur dam harmoni .
“ Masyarakat perlu sentiasa memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang yang bersatu padu sebagai satu amalan dan dalam masa yang sama dapat mempertahankan kestabilan dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman perbalahan, provokasi serta permusuhan
Justeru menurut Azuwan rakyat perlu menolak provokasi yang melampau dan fitnah yang dilakukan oleh sebilangan individu demi kepentingan politik mereka
Katanya, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Kerajaan perpaduan bagi membentuk masyarakat madani justeru rakyat perlu menyokong segala dasar yang dibawa oleh Kerajaan demi untuk keamanan,keharmonian dan kemajuan negara.
Memuji usaha yang dilaksanakan oleh KRT kampung Pirasan Kota Belud Azuwan berkata Idea untuk mengukuhkan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum amatlah digalakkan dan perlu dipertingkatkan serta dimantapkan lagi pada masa-masa akan datang.
“Semua pihak sama ada jabatan atau agensi kerajaan, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO), komuniti Rukun Tetangga, pemimpin dan rakyat secara keseluruhannya perlu bergabung tenaga serta idea untuk mengambil peranan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan kesatuan rakyat pada semua peringkat,” katanya.