UMS dan Adamson University jalin kerjasama MoU dalam bidang Akademik dan Penyelidikan


 
KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Adamson University (AdU), Filipina, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif UMS, di sini, pada Rabu.
 
MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor dan Pengarah Perhubungan Universiti AdU, Sr. Maruja S. Padre Juan.
 
Ia turut disaksikan Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar dan Pengerusi Jabatan Kejuruteraan Kimia, Kolej Kejuruteraan AdU, Prof. Madya Engr. Erison C. Roque.
 
Menurut Kasim, pemeteraian MoU itu merangkumi kolaborasi akademik, serta kerjasama dalam pengajaran dan penyelidikan.
 
“Kerjasama ini juga meliputi program mobiliti pelajar dan kakitangan akademik, persatuan, persidangan, lawatan akademik dan aktiviti-aktiviti lain yang dipersetujui kedua-dua belah pihak tertakluk kepada undang-undang dan dasar dari semasa ke semasa.
 
“Adalah diharapkan MoU ini dapat memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua universiti dan memberi manfaat bersama,” ujarnya.
 
Dalam pada itu, Maruja dalam ucapannya memaklumkan bahawa UMS sebagai sebuah universiti yang tepat untuk jalinan kerjasama MoU.
 
“Saya sangat selesa di sini dan berasa seolah-olah berada di rumah sendiri kerana masyarakat yang begitu mesra selain budaya yang hampir sama dengan masyarakat di Filipina.
 
“Saya percaya pelajar dari AdU juga nanti akan mempunyai perasaan seperti ini dan menikmati pengalaman suasana pembelajaran yang kondusif di UMS,” katanya.
 
Untuk rekod, MoU UMS – AdU akan berkuat kuasa serta merta dan akan kekal untuk tempoh lima tahun.
 
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Shahril Yusof; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Ir. Rosalam Sarbatly; dan Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri.
 
Yang turut hadir, Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPEP), Prof. Madya Dr. Mohd Rahimie Abd. Karim; Ketua Pegawai Digital Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Prof. Dr. Ag. Asri Ag. Ibrahim; dan Ketua Program Pengurusan Pelancongan FPEP, Prof. Madya Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles