Nyatakan pendirian SAPP atau kekal dengan gelaran ‘Main Dua Kolam’ – Jeffery Nor

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) perlu menyatakan pendirian mereka kepada rakyat Sabah, sama ada mahu menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan atau pembangkang dibawah Perikatan Nasional (PN).

Advertisements

Pengarah Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata, sehingga kini rakyat di negeri ini masih keliru dengan status terkini SAPP sehingga menimbulkan wujud jolokan bermain ‘dua kolam’.

Katanya, terkini Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun juga mengeluarkan kenyataan sama untuk menyatakan pendirian sebenar SAPP.

“Jika Setiausaha Agung GRS pun keliru terhadap status SAPP apa lagi rakyat di Sabah….Presiden SAPP perlu bersikap gentelman dalam hal ini.

“Kenyataan dikeluarkan dilihat bertentangan dengan pendirian sebenar mereka memperlihatkan SAPP lebih bersikap bermain dua kolam,” katanya di sini hari ini.

Jeffery Nor merupakan Ketua Bahagian UMNO Putatan berkata, pada masa sama, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee tidak mempunyai pendirian moral untuk menasihati mana-mana pihak untuk bertanding mahupun melibatkan diri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Katanya Yong selaku Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan GRS menyokong Kerajaan Perpaduan tetapi pada masa sama SAPP juga merupakan sebahagian daripada parti dalam gabungan PN.

“Apakah beliau lupa bawa dia sendiri hadir ke mesyuarat PRN enam negeri baru-baru ini dianjurkan PN pada 17 Julai lepas.

“Sebelum menasihatkan mana-mana parti, cermin diri sendiri dulu dan nyatakan beliau menyokong Kerajaan Perpaduan atau PN,” kata Jeffery.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles