Berpaksi lokal, Gagasan Rakyat kekal sokong Kerajaan Pusat

PAPAR: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan terus berjuang pada landasan lokalnya, namun tetap mengekalkan sokongan pada Kerajaan Pusat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang merangkap Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, sehubungan itu berkata parti akan terus bekerjasama dengan parti-parti yang sehaluan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kita di negeri Sabah, bersama-sama negeri jiran Sarawak, yang selalu disebut sebagai Blok Borneo, sewajarnya memupuk jiwa lokal tapi citranya nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Cawangan Gagasan Rakyat Bahagian Kawang, di sini semalam.

Ghulam yang juga Pengarah Yayasan Sabah berkata Gagasan Rakyat yang berpayung di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Justeru, katanya, sememangnya hubungan antara negeri dan Pusat sesuatu yang harus disuburkan demi untuk sebuah kemajuan.

“Sementara Gagasan Rakyat memperkukuh citra perjuangan sebagai jajaran lokal dengan formula tempatan, kerjasaama dengan parti sekutu dalam kerajaan di peringkat nasional tidak dipinggirkan kerana kita berada dalam ekosistem federal sebuah negara.

“Sebab itu, citra perjuangan `Sayangi Sabah’ GRS berteraskan Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United, tetap juga meletakkan konsep Malaysia Madani sebagai keutamaan, bersama-sama dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.

Beliau juga berkata pendekatan `menang-menang’ harus sentiasa menjadi tonggak pertimbangan dalam apapun usaha atau tindakan.

Dalam hal ini, katanya, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor, menggunakan meja perundingan bersama Kerajaan Pusat, sebagai wadah penyelesaian terhadap berbagai hal yang melibatkan kepentingan negeri Sabah.

“Sudah pun terbukti, dalam diam, Ketua Menteri kita telah menyelesaikan banyak hal membabitkan kepentingan lokal di peringkat nasional.

“Inilah cara Ketua Menteri kita bekerja. Beliau telah merintis jalan baharu untuk kemajuan negeri Sabah.

“Di bawah kepimpinan beliau, Sabah terus bergerak maju kerana Ketua Menteri tahu hala dituju,” katanya.

Ghulam optimis kehadiran Gagasan Rakyat di persada politik Sabah mampu memperkukuh citra perjuangan GRS sebagai satu jajaran lokal serta formula tempatan.

Sementara itu, ahli Gagasan Rakyat
diajak untuk memperkukuh kesatuan dan mengelak amalan berpuak-puak, bagi memastikan parti terus menunjangi pemerintahan kerajaan di negeri ini.

Ghulam berkata kesatuan dan perpaduan penting bagi menangkis sebarang cubaan anasir luar memecahbelahkan parti.

“Kita harus bekerja sebagai satu pasukan yang jitu, dan bukan berpuak dalam kumpulan, supaya kita dapat menolak segala anasir yang cuba memecahbelahkan kesatuan kita.

“Seperti kata pepatah yang mengatakan, kita hendaklah bersatu dalam perkara yang kita sepakati dan bermusyawarah dalam perkara yang kita selisihi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Cawangan Gagasan Rakyat Bahagian Kawang, di sini semalam.

Ghulam yang juga Pengarah Yayasan Sabah juga meminta supaya gerak kerja dalam parti terus diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang.
Katanya, walaupun kerajaan negeri hari ini masih ada lebih dua tahun memerintah, namun jentera parti khususnya Gagasan Rakyat tidak boleh leka dan lalai.
“Kita kena terus bekerja, perkukuhkan perpaduan, bersatu hati dalam komponen besar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan elak perselisihan faham serta perpecahan dalam kalangan sesama kita,” katanya.
Beliau turut mengingatkan ahli parti supaya mengambil iktibar daripada beberapa peristiwa politik di Sabah awal tahun ini,.

“Kita mesti perkukuhkan jati diri dan semangat lokal kita. Jangan kita tersilap sehingga berpecah belah.

“Sabah ini negeri kita, ini rumah kita. Kita jaga rumah ini bersama-sama. Kepentingan rakyat sentiasa didahulukan. Inilah perjuangan Gagasan Rakyat dan GRS,” katanya.

Beliau berkaya Gagasan Rakyat ditubuh berdasarkan perubahan sentimen di peringkat akar umbi di mana rata-rata rakyat Sabah mahukan parti tempatan bersifat lokal, untuk menerajui kerajaan negeri.

“Kita berada di sini adalah sebagai memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat terbanyak.

“Mari kita suburkan semangat juang, mantapkan jentera parti, demi memastikan Gagasan Rakyat terus releven untuk rakyat negeri Sabah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles