Pemuda UMNO Beaufort mahu aktiviti sukan dipergiatkan

KUALA PENYU: Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort mahu penganjuran aktiviti sukan di seluruh kawasan itu dipergiat kerana bukan sahaja menyihatkan malah turut menjadi medium penyatuan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Advertisements

Ketuanya Ak.Mohd Yazri Ak Mohd Yahya berkata, dalam membentuk negara bangsa, sukan adalah platform untuk mendidik masyarakat terutama golongan belia mencintai negara, bergaul antara satu sama lain dan bersama-sama menyokong serta menyertai setiap aktiviti bermanfaat yang dianjurkan.

“Sukan adalah salah satu program yang tiada sempadan kaum dan agama dan kita perlu perbanyakkan kegiatan seumpama ini untuk membolehkan kita bukan hanya berinteraksi dengan generasi muda tetapi yang penting, nilai-nilai budaya yang boleh ditanam dalam kalangan generasi muda” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan set peralatan sukan kepada belia dan beliawanis di kampung Tenembak dekat sini kemarin.

Menurut Ak Mohd Yazri Pemuda UMNO kegiatan sukan berupaya menerapkan semangat kekitaan sekali gus dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan ini akan dapat membantu melahirkan insan yang cergas pemikiran dan yang lebih penting membentuk penyatuan rakyat ini tidak dibatasi oleh kaum dan agama seiring dengan konsep Malaysia Madani

“ Usaha dan program tidak akan diteruskan dan disemarakan bagi membentu belia yang sihat berwawasan,berakhlak dan cemerlang menerusi pelbagai aktiviti sukan” Jelas Ak Mohd.Yazri

Dalam perkembangan yang lain Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort pada malam khamis lepas juga turut menjayakan program santai menyaksikan perlawanan bola sepak antara Sabah FC dan JDT melalui tayangan Beg Screen yang diadakan di Uptowan Pekan Beaufort.

Menurut Ak Mohd Yazri program itu memberikan peluang kepada golongan belia setempat yang tidak dapat menyaksikan secara langsung perlawanan tersebut di Stadium Likas kerana beberapa faktor antaranya perhubungan jauh dan tiket masuk telah habis di jual.

“ Jadi kita adakan tayangan langsung melalui skrin besar bagi memberikan peluang kepada anak-anak muda di sini untuk memberikan sokongan padu kepada Sabah FC melalui program santai dan cabutan tiket bertuah dimana secara tidak langsung program ini boleh merapatkan hubungan silatulrahim di kalangan anak-anak muda” tambah Ak Mohd Yazri

Related Articles

253FansLike

Latest Articles