Jentera BN diminta kempen sehingga hari terakhir – Bung

BAHAU (Negeri Sembilan) : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mahu jentera Barisan Nasional (BN) melipatgandakan usaha dan kerja sepenuhnya pada masa kempen hanya berbaki tiga hari lagi bagi menentukan semua calon BN/PH menang cemerlang.

Bung berkata, jentera BN mesti bekerja keras bagi memastikan kemenangan semua calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding pada PRN kali ini.

“Jentera BN dari Sabah perlu meningaktkan kerjasama dengan jentera tempatan bagi kawasan-kawasan DUN dimana calon BN bertanding begitu juga sebaliknya membantu calon-calon dari PH di kawasan yang lain,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri ceramah perdana di Pusat Daerah Mengundi Taman Bahau Negeri Sembilan dekat sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Ketua UMNO bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Datuk Ali Hassan , Ahli Parlimen Jempul Datuk Shmsul Kahar, Adun Tenang Datuk Haslinda Salleh dan Ketua UMNO bahagian Labis Mohd Nor Azhar.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO , jentera BN/PH dalam tempoh yang singkat ini perlu memperhebatkan usaha memutihkan kawasan kelabu yang sudah dikenal pasti dan memfokuskan perhatian kepada beberapa kawasan kelabu yang bercenderungan untuk menyakong calon Kerajaan perpaduan

Jelasnya, jentera BN/PH juga mesti digerak pada 12 Ogos ini ini agar semua pengundi keluar beramai-ramai mengundi.

“Sepanjang tempoh saya menjelajah ke beberapa PDM khsususnya di Selangor, saya melihat Kerjasama jentera BN/PH begitu baik dan momentum ini perlu diteruskan sehingga ke hari pengundian, saya yakin peluang untuk mendapatkan kemenangan majoriti dua pertiga dengan lebih besar juga mampu diperoleh sekiranya tumpuan yang lebih diberikan kepada kawasan-kawasan kelabu,” katanya.

Bung menambah jentera BN/PH boleh meneruskan usaha memikat pengundi secara kempen fiizkal yang menurutnya kempen tersebut penghuni akan rasa lebih dekat dengan calon ketika berbual dari hati ke hari serta berkongsi masalah.

“Kempen secara fizikal dilihat masih menjadi pilihan terbaik dalam pusingan terakhir ini bagi ‘mencuri’ hati terutama golongan pengundi lama, baharu dan atas pagar,” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua kaedah sama ada menerusi media sosial atau fizikal perlu seiring, namun dalam usaha menarik sokongan pengundi pada saat-saat terakhir ini berkempen secara fizikal dengan berkunjung dari rumah ke rumah dapat membentuk sentuhan peribadi kepada penduduk.

“Sudah pastinya pengundi mahu mengenali calon mereka dengan lebih dekat dan mengetahui apa yang ditawarkan kepada mereka oleh calon serta parti. Jadi saya melihat kaedah berkempen secara fizikal masih relevan,” katanya.

Bung menambah penggunaan semua medium media sosial pula lebih berpihak kepada anak muda terutama dengan pelaksanaan Undi18.

Dalam perkembangan lain, Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah meminta penduduk Sabah yang mengundi pada PRN kali terutamanya di kawasan Selangor dan lain-lain negeri yang terlibat agar tidak mensia-siakan peluang mereka mengundi dengan memilih calon-calon Kerajaan Perpaduan yang sudah pasti mempunyai visi untuk membawa pembangunan dan kemajuan selain memelihara kestabilan politik agar negara boleh bergerak maju ke hadapan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles