Hasil kajian pemindahan lapangan terbang KK dibentang Khamis ini

KOTA KINABALU: Hasil kajian kemungkinan pemindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dijangka dibentangkan kepada pihak berkuasa minggu ini.

Advertisements

Pengerusi Qhazanah Sabah Bhd Datuk Dr Yusof Yacob berkata laporan berhubung kajian itu sudah siap.

“Jika semuanya berjalan lancar, laporan itu akan dibentangkan kepada unit Perancang Ekonomi Sabah pada Khamis.

“Laporan kajian itu kemudian akan dibawa ke mesyuarat kabinet akan datang untuk kelulusan,” katanya.

Dr Yusof berkata demikian pada sidang media di pejabat Qhazanah di sini hari ini.

Sebelum ini, Qhazanah menandatangani memorandum persefahaman dengan Berjaya Land bagi tujuan mengkaji kemungkinan pemindahan lapangan terbang dari sini ke Kimanis, kira-kira 60km dari bandaraya Kota Kinabalu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles