Hajiji didesak perjelaskan kedudukan Jeffrey, Yong yang masih kekal timbalan pengerusi PN

KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor diminta agar memperjelaskan kedudukan dua timbalan Pengerusi GRS iaitu Presiden STAR Datuk Dr. Jeffery Kiringan dan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee yang masih memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Advertisements

Pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah Datu Rosman Datu Ahir Zaman berkata pencerahan umum itu penting bagi mengelak kekeliruan.

Katanya ini kerana di peringkat negeri parti mereka adalah anggota gabungan GRS dan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim namun dalam masa yang sama menjadi anggota tertinggi parti di pihak pembangkang PN.

“Kita mahu Hajiji selaku Pengerusi GRS perjelaskan kedudukan mereka (Jeffery dan Yong)..kita tidak mahu ada pemimpin talam dua muka, kunun menyokong kerajaan perpaduan tapi dalam masa yang sama mempunyai jawatan di pihak parti pembangkand, ini jelas membuktikan mereka adalah pemimpin yang tidak ada pendirian,” katanya.

Datu Rosman berkata demikian ketika
diminta mengulas pelantikan Jeffery dan Yong sebagai Timbalan Pengerusi (PN) sebagai mana yang tular di media sosial.

Sebelum ini, Ketua PGRS bahagian Sukau Datuk Juhari Janan berucap semasa pelancaran PGRS Bahagian Sukau dan Lamag yang dirasmikan oleh Hajiji juga turut “mendoakan kekalahan PH dan BN” dalam pilihanraya negeri (PRN) di enam buah negeri pada 12 ogos ini walaupun selepas itu membuat kenyataan media menafikan kenyataan tersebut.

Menurut Datu Rosman hanya orang “pekak” sahaja yang tidak boleh mendengar ucapan Juhari semasa majlis tersebut yang jelas menyebut “Jangan mimpi lagi, kita tengok PRN enam negeri, kalau mereka (PH/BN) kecundang disitulah petanda-petanda mereka akan lingkup dalam PRN di Semenanjung yang jelas menunjukkan PGRS sebenarnya tidak menyokong kerajaan Perpaduan.

Tambah Datu Rosman jika Hajiji gagal menjelaskan perkara itu kepada umum, ia jelas menunjukan PGRS sebenarnya tidak Ikhlas menyokong Kerajaan Perpaduan ditambah lagi dua pimpinan kanan dalam GRS juga menjadi anggota tertinggi (PN)

“Jika beginilah pendirian mereka (GRS) nyata mereka tidak Ikhlas dalam perjuangan, hanya menyatakan sokongan demi kepentingan peribadi dan politik mereka yang seharusnya ditolak oleh rakyat Sabah malah sebelum ini dari UMNO , mereka ke Bersatu, menyertai gabungan PN dan apabila PN tidak dapat membentuk kerajaan mereka terus menyokong PH merendahkan kredibiliti mereka sebagai pemimpin,” jelas Datu Rosman

Related Articles

253FansLike

Latest Articles