SANDAKAN: Sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir mengadakan Program Korban Perdana Libaran yang melibatkan 20 ekor lembu di Masjid Raya Seri Aman Pekan Muhibbah, Sungai Manila Batu 12 , kelmarin.
Ibadat korban yang dianjurkan oleh Suhaimi ini dilaksanakan oleh Biro Agama UMNO Bahagian Libaran dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat P.184 Libaran, UMNO Bahagian Libaran dan Masjid Raya Seri Aman Pekan Muhibbah.
Suhaimi yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran berkata Program Korban Perdana diadakan pada hari raya kedua bagi mengagihkan lebih kurang 4000 bungkus daging korban di Parlimen Libaran terutamanya 68 buah masjid serta surau, 5 buah sekolah tahfiz dan golongan asnaf termasuk ketua-ketua cawangan.
“Alhamdulillah … Program hari ini dari pengurusan Pengerusi Biro Agama Haji Amsain Jausin dan OKK Awang Damit telah Berjaya menumbangkan 20 ekor lembu yang dilaksanakan bermula jam 7.30 pagi dan sehingga 2.30 petang telah mula mengagihkan daging korban berkenaan,” katanya ketika ditemubual pemberita.
Beliau amat berpuashati dengan perjalanan program berkenaan dengan kerjasama semua pihak termasuk pihak pengurusan UMNO Libaran diketuai oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Libaran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, Mokran Ingkat dan Setiusaha UMNO Bahagian Libaran Asli Amat berjalan lancar.
“Walaupun ada sedikit kecederaan dari anggota team semasa mengendalikan lembu yang tiba awal tiga hari di perkarangan masjid ini, namun perlaksanaan program … Alhamdulillah perlaksanaan itu berjalan dengan baik,” katanya.
Suhaimi memberitahu program korban perdana ini adalah dilaksanakan pertama kali sebagai Ahli Parlimen Libaran tetapi sebelum ini program seperti ini telah dilaksanakan oleh kami semasa Mokran Ingkat sebagai ketua pemuda UMNO Libaran pada tahun 2007, program korban perdana peringkat pergerakan pemuda.
“Dengan perlaksanakan yang teratur dan baik tahun ini, insyallah kita akan laksanakan lagi pada tahun depan tetapi bukan lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila ini, mungkin di DUN Gum-Gum atau DUN Sungai Sibuga. Kita akan laksanakan secara bergilir-gilir di tiga kawasan DUN dalam Parlimen Libaran ini agar rakyat setempat dapat kesan dan berkerjasama ,” katanya.