Peranan mantan Ketua Adat penting, penyusunan pelantikan perkara biasa – Ewon

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, mantan ketua-ketua adat berperanan penting membantu menjaga kesejahteraan dan memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

Advertisements

Sehubungan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian itu menyeru mantan ketua-ketua adat kawasan Kadamaian supaya terus berperanan menyumbang idea terutamanya berkaitan adat.

“Ini kerana mereka mempunyai pengalaman dan pentegahuan yang luas dalam undang-undang adat membantu menyelesaikan masalah di peringkat kampung, menegakkan keadilan dan keharmonian hidup rakyat.

“Saya juga berharap agar mereka dapat memberi kerjasama dengan ketua-ketua adat yang akan dilantik di kawasan Kadamaian.

“Penyusunan pelantikan ketua-ketua adat adalah perkara biasa, sama ada melantik mantan ketua adat atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Santai Kaamatan Bersama Mantan Ketua-Ketua Adat kawasan Kadamaian, di Pejabat Perhubungan Adun Kadamaian, Sky Blue Kg.Piasau, di sini, Sabtu lalu.

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada mantan ketua-ketua adat DUN Kadamaian atas perkhidmatan terbaik mereka melaksanakan tanggungjawab.

“Kerajaan mengiktiraf peranan ketua-ketua adat kerana mereka bukan sahaja bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan dan menegakkan keadilan di peringkat kampung tetapi sentiasa turun padang membantu wakil rakyat menyelesaikan isu-isu yang dihadapi di kawasan masing-masing,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles