Sudah Tiba Masa Amalan Lompat Parti Dihentikan di Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memandang serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.

Advertisements

Ketua Menteri Datuk Seri Datuk Hajiji Noor berkata ini kerana amalan lompat parti melibatkan mandat dan kepercayaan rakyat yang memilih wakil rakyat mereka di Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu, katanya kerajaan negeri mengambil keputusan membentangkan
Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023.

Hajiji berkata Rang Undang-Undang itu bertujuan meminda Perlembagaan Negeri Sabah bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri bertukar parti.

“Sepertimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, tindakan bertukar parti atau lompat parti Ahli Dewan Undangan Negeri di Negeri ini sering berlaku dan perkara ini menyebabkan ketidakstabilan politik yang seterusnya mengganggu perancangan pembangunan di negeri ini,” katanya.

Hajiji berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 di Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Beliau berkata peruntukan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri bertukar parti itu tidak akan terpakai secara retrospektif atau kebelakang.

Sebaliknya, Hajiji berkata pelaksanaan Enakmen itu akan bermula dari tarikh kuat kuasa Enakmen.

Menurutnya rang undang-undang tersebut, antara lain, memperuntukkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri yang keluar daripada parti politik dalam satu parti gabungan dan menyertai
parti politik yang lain dalam gabungan yang sama atau berbeza adalah terhenti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles