Perkasa Jentera Media Sosial UMNO Untuk Hadapi PRN Akan datang – Suhaimi

SANDAKAN: Jentera media sosial UMNO Sabah akan diperkasakan dengan menyalurkan fakta jelas bagi memudahkan pemahaman generasi muda berhubung pelbagai isu termasuk fitnah politik yang sering ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan parti.

Advertisements

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata jentera media sosial UMNO yang melibatkan penggunaan medium seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok di peringkat bahagian UMNO akan digerakkan untuk menentang segala dakyah dan tohmahan pihak tertentu terutamanya daripada pembangkang.

“Media sosial merupakan sumber rujukan utama belia ketika ini, justeru itu UMNO Sabah memandang serius dan mengambil pendekatan bersifat menyeluruh menyalurkan maklumat berkaitan parti.

“Ia merupakan alternatif terbaik bagi mendekati generasi muda sekaligus mendengar suara hati mereka menerusi kaedah yang lebih mesra, santai dan tidak terlalu protokol,” katanya semasa mempengerusi Mesyuarat Biro Penerangan Dan Media Baru UMNO Bahagian Libaran yang diketuai oleh Mohd Noor Bacho di Pejabat Parlimen Libaran.

Suhaimi yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran berkata pendekatan aktif di media sosial seperti Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah Datu Rosman Datu Ahir Zaman, antara contoh terbaik yang seharusnya dicontohi anggota UMNO lain dalam usaha memberi penjelasan dan penerangan isu-isu semasa kepada rakyat terutamanya golongan anak muda terhadap parti.

“Sokongan anak muda amat penting dalam memastikan UMNO terus relevan seiring usaha
meremajakan parti dalam menghadapi Pilihan Raya akan datang,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Biro Penerangan dan Media Baru UMNO Bahagian Libaran.

Beliau turut hadir pada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi Strategik UMNO Bahagian Libaran yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan UMNO Libaran Karim Jalil.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Libaran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Mokran Ingkat da Setiausaha UMNO Bahagian Libaran Asli Haji Amat.

Suhaimi juga Ahli Parlimen Libaran itu turut memberitahu UMNO Sabah akan mengaktifkan semua jentera Penerangan UMNO Bahagian dalam menangkis serangan dan tohmahan oleh “keyboard worrior” terhadap pemimpin dan parti itu.

Beliau meminta semua jentera parti di peringkat bahagian agar melihat saranan yang dibuat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berhubung perkara ini.

“Saranan Pengerusi Perhubungan itu dilihat sebagai satu langkah positif dan bersifat kehadapan parti dalam usaha jentera UMNO di 25 bahagian menggunakan sepenuhnya medium internet sebagai satu pendekatan baharu untuk memastikan parti terus relevan dalam mendepani Pilihan Raya akan datang kelak,” jelasnnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles