Kapitan James Leong turun padang bantu golongan memerlukan

SANDAKAN: Ketua Masyarakat Cina kawasan Elopura Kapitan James Leong meneruskan usaha murni beliau membantu masyarakat dari golongan yang memerlukan pada hari Ahad.

Advertisements

Beliau telah terjumpa dua pekerja syarikat pembersihan dan lalu menyampaikan beras sebungkus berat 5 kilo kepada mereka berdua.

Kedua penerima menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kapitan James atas sumbangan yang diberi oleh beliau.

James kata beliau akan cuba bantu sejauh mana beliau mampu untuk menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan harian/makanan kepada golongan demikian.

James yang dilantik sebagai Kapitan Cina kawasan Elopura sejak November 2020, sentiasa turun padang untuk mengenalpasti dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada penerima bersasar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles