Kerajaan GRS diminta segera pasang penghadang jambatan “Fly Over” Jalan Luyang-Lintas Penampang

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), khususnya Kementerian Kerja Raya Negeri, diminta supaya segera memasang penghadang atau benteng di kiri dan kanan jambatan “Fly Over” Jalan Luyang – Lintas Penampang.

Advertisements

Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah, Lee Pun Yee berkata ini penting berikutan berlakunya dua insiden kemalangan jalan raya melibatkan dua kereta yang terhumban daripada jambatan tersebut dan jatuh di perkarangan kediaman taman perumahan berhampiran jambatan berkenaan.

Menurutnya kejadian itu telah menimbulkan ketakutan kepada penghuni taman perumahan terbabit.

Lee berkata berdasarkan aduan yang diterima, insiden kereta terhumbang tersebut telah menimbulkan kerisauan kepada pengundi taman perumahan terbabit kerana bimbang insiden seumpama itu akan berulang.

Beliau berkata persatuan itu memandang serius perkara itu dan berharap kerajaan negeri dapat mengambil tindakan drastik bagi mempercepatkab pemasangan penghadang.

Yee berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di lokasi jambatan Flyover itu.

Turut hadir wakil dari Jabatan Kerja Raya Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles