Suhaimi ambil inisiatif letak tangki air sementara untuk atasi masakah air Kg Tinusa 2

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir mengambil inisiatif meletakkan tangki air sementara bagi menyelesaikan masalah dihadapi penduduk di kawasan Kampung Tinusa 2.

Advertisements

Ini adalah hasil perbincangan dengan pemimpin masyarakat Kampung Tinusa 2 dalam satu pertemuan pemimpin itu dengan Suhaimi.

Beliau juga telah memberi penjelasan kepada para pemimpin yang hadir bagi memperjelaskan isu-isu semasa yang berlaku termasuk isu bekalan air.

Suhaimi menggesa pemimpin yang mewakili masyarakat agar memainkan peranan dalam memberi penjelasan mengenai isu yang berlaku.

Hasil perbincangan itu, Penyelaras Sungai Sibuga Parlimen Libaran, Surian Sah Hanafiah bersama para pemimpin masyarakat telah melawat cadangan tapak bagi meletakkan tangki air sementara untuk kegunaan penduduk kampung.

Sebelum itu, Surian Sah turut memaklumkan kepada para pemimpin masyarakat kampung termasuk Ketua Kampung Tinusa 2 Nursidi Lumby dan Pengerusi Masjid Asmaul Husna Kampung Tinusa 2 Jeffri Haji Ambo berhubung inisiatif Ahli Parlimen Libaran bagi cadangan meletak tangki air sementara di setiap jambatan di kampung itu untuk membantu penduduk memperolehi bekalan air dan isu-isu berkaitan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles