MP Libaran kecewa, Ewon dituntut tunaikan janji harga tiket penerbangan hanya RM199 sehala KL-Sabah

SANDAKAN: Kementerian Pengangkutan digesa melakukan kawalan ketat terhadap harga tiket penerbangan antara Sabah dan Semenanjung ekoran harga tiket pada menjelang musim sambutan Aidilfitri ini terlalu mahal yang membebankan rakyat.

Advertisements

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata isu tiket penerbangan mahal pada musim sambutan perayaan dan cuti sekolah telah dibangkitkan di Dewan Rakyat tetapi perkara ini masih tetap berlaku.

“Syarikat penerbangan komersial tempatan menyediakan tiga laluan penerbangan terus ke Sabah dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu , Kuala Lumpur ke Sandakan dan Kuala Lumpur ke Tawau, menawarkan tiket antara RM300 hingga RM600 untuk menerbangan pergi balik semasa bukan musim perayaan.

“Tetapi apabila menjelang musim perayaan, tiket penerbangan melonjak tinggi sehingga mencecah RM2000 bagi kos penerbangan sehala. Ini sangat membebankan rakyat Sabah yang hendak balik menyambut Aidilfitri bersama keluarga”, katanya.

Suhaimi berkata janji-janji pilihanraya yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan (PH) diumumkan calon PH di Parlimen Penampang yang kini telah dilantik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menawarkan manifesto harga tiket penerbangan RM199 bagi perjalanan balik ke Sabah jika PH berjaya memerintah.

“Nah kini dia (Ewon) telah menjadi kerajaan, mengapa tidak menyuarakan isu harga tiket penerbangan yang kini terlalu tinggi kepada pengetahuan kerajaan. Kita minta Ahli Parlimen Penampang ini tunaikan lah janji harga tiket hanya RM199 sehala untuk kepentingan rakyat Sabah”, tegasnya.

Beliau sangat kecewa dengan isu ini yang masih tidak diambil perhatian serius oleh pihak kementerian sedangkan perkara itu dibangkitkan berulang di Dewan Rakyat dan ini bukan perkara baharu.

“Pelbagai cadangan telah dikemukakan kepada pihak kementerian berhubung isu kenaikan harga penerbangan yang terlalu tinggi semasa sesi dewan rakyat termasuklah kementerian diminta melaksanakan kawalan harga siling tiket penerbangan mengurang beban rakyat dan pelajar yang belajar di Semenanjung “, tegasnya.

Suhaimi meminta pihak kementerian agar membuat langkah kawalan dengan meminta syarikat penerbangan menurunkan kadar tambang itu penting bagi memastikan harga tiket untuk balik menyambut Aidilfitri adalah berpatutan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles