Masyarakat Islam diajak kukuhkan perpaduan ummah – Salzo Asa

SANDAKAN: Naib Ketua UMNO Bahagian Libaran Datuk Salzo Asa mengajak masyarakat Islam agar mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan ummah agar Islam sentiasa dipandang mulia.

Advertisements

Salzo berkata perpaduan ummah apabila masyarakat Islam tanpa mengira kaum menyambut bulan Ramadan dengan menjalani ibadat puasa dan mendekatkan diri dengan Allah.

“Marilah kita bersama-sama menghias bulan ini dengan memperbanyakkan amalan kebajikan dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T serta memohon keampunannya”, katanya semasa menyampaikan sumbangannya kepada 50 orang golongan asnaf , warga emas dan anak-anak tahfiz di Masjid Habib Ibrahim Al-Rifa’i , Kampung Garinono Batu 25, kelmarin.

Beliau berkata ibadat zakat fitrah yang ditunaikan dan sedekah jariah yang sering diamalkan sepanjang bulan Ramadan juga mudah-mudahan dapat menyemai rasa kasih saying kepada sesama insan selain meringankan beban golongan asnaf.

Dalam pada itu, Salzo berkata perpecahan dalam masyarakat boleh dielak jika ajaran agama difahami dan diamalkan dalam erti kata sebenar.

“Dalam masyarakat Islam sendiri, perkara yang dilarang agama adalah menggunakan Islam untuk kepentingan peribadi”, katanya.

Dalam masa sama, Salzo meminta syarikat korporat menyumbang kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf.

“Amalan itu haruslah dijadikan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan”, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles