Menteri Pengangkutan adakan sidang media khas tambahan kapasiti penerbangan sempena Aidilfitri esok

Kenyataan Media Sosial Menteri Pengangkutan Anthony Loke Mengenai Tiket Ekonomi KL-Tawau RM3,138

Advertisements

KOTA KINABALU: Saya merujuk kepada kenyataan dalam Facebook YB Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang mendakwa kononnya harga tiket kelas ekonomi untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini mencecah RM3,138!

Saya telah menghubungi Group CEO Malaysia Airlines (MAB), Captain Izham dan mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan KL-Tawau pada hari tersebut telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanyalah kelas perniagaan.

Beliau juga mengesahkan harga tiket tersebut bukan untuk kelas ekonomi tetapi ialah kelas perniagaan (BUSINESS CLASS) dan harga tiket tersebut ialah RM2,863.40 dan bukannya RM3,138.

Ini fakta yang perlu diperbetulkan. Sebagai mantan Menteri Pengangkutan, saya yakin YB Wee faham perbezaan antara tiket Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi.

Namun begitu, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas keprihatinan terhadap isu tiket penerbangan yang tinggi dan pandangan mengenai tambahan kapasiti.

Saya akan mengadakan sidang media khas pada pukul 12 pm esok di Kementerian Pengangkutan untuk memberikan fakta tambahan kapasiti penerbangan untuk musim Hari Raya tahun ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles