TPM tiba di Sabah hadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan Benoni Papar

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba d Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 3 petang semalam.

Advertisements

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Negeri di Bawah Bayu itu telah menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadhan di Masjid Jamek As-Salam Kampung Benoni Papar

Ketibaan Zahid yang juga Presiden UMNO disambut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

Turut berada di terminal 2 Lapangan Terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu bagi menyambut ketibaan Zahid ialah Wakil Ketua Menteri Menteri Sains Teknologi dan Invoasi Datuk Haji Dr.Mohd Arifin Arif ,Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inocasi Datuk Arthur Joseph Kurup..

Program itu merupakan lanjutan Santunan Kasih Ramadan yang dihadiri Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang sebelum ini telah diadakan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia,

Di Papar selain berbuka puasa bersama pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat tempat dan pemimpin UMNO dari seluruh bahagian di negeri ini, Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar tahfiz dan anak yatim, serta penyampaian simbolik Peserta kurus Quick Win.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles