Zahid mahu tempoh bertenang diteruskan untuk stabilkan politik Sabah sehingga PRN

PAPAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakan-rakan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh mengugat perasaan atau mengguris hati mana-mana pihak, khususnya parti-parti yang menganggotai kerajaan Perpaduan.

Advertisements

Sebaliknya beliau yang juga presiden UMNO mahu tempoh bertenang yang disarankan sebelum ini diteruskan bagi mewujudkan situasi yang stabil di Sabah sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata, kerajaan perpaduan yang wujud di kerajaan Pusat dan juga Sabah terjalin dengan erat bukan sahaja diterjemahkan menerusi peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga penting menjaga hubungan baik antara parti yang mendokong kerajaan Perpaduan terutama di negeri ini.

“Kita dulunya berada di dalam fasa yang tenang atau di dalam tahap ketenangan. Kita terus berhasrat untuk mewujudkan situasi yang tenang itu antara pelbagai parti di Sabah ini.

“Untuk UMNO sendiri saya telah memberitahu rakan-rakan saya daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh mengugat perasaan atau mengguris hati mana-mana pihak,” katanya.

Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadhan di Masjid Jamek As-Salam Kampung Benoni, dekat sini semalam.

Menurut beliau terdapat beberapa langkah penyelesaian dilakukan dan UMNO/BN mencari kaedah-kaedah yang terbaik supaya kerajaan yang ada di Sabah terus dikekalkan sehingga PRN akan datang.

Pada masa sama, Zahid turut mengharapkan agar jawatan yang diberikan dikekalkan seperti yang telah dipersetujui.

“Itulah azam kami, itulah apa yang telah ditandatangani antara kami dengan mereka dan ini harus dikekalkan.

“Kita juga mengharapkan agar jawatan-jawatan sama ada dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kerajaan tempatan atau ketua kampung hendaklah terus dikekalkan sebagaimana yang dipersetujui dan kita tidak mahu adanya penukaran disebabkan perkara-perkara yang menjadi titik bengik antara Semenanjung dan juga Sabah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles