SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga mangsa kebakaran di Taman Rajawali Batu 7, petang Sabtu.
Suhaimi yang dimaklumkan berhubung kebakaran itu telah bergegas ke lokasi kejadian bagi bertemu mangsa kebakaran.
Suhaimi telah menghulurkan sumbangan kepada tiga keluarga terlibat dalam kebakaran yang berlaku lebih kurang jam 1 petang.
Suhaimi yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran akan berusaha membantu keluarga yang rumah mereka musnah 100 peratus bagi menyewa rumah bagi penempatan sementara.
Dalam kejadian lebih kurang jam 1 petang, salah sebuah rumah telah terbakar sebelum merebak kedua buah rumah bersebelahan.
Suhaimi meminta keluarga terlibat agar bersabar dengan dugaan yang diterima dalam bukan ramadhan ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berjaya mengawal keadaan dari memusnahkan lebih banyak rumah.