Oleh: Jaafar Abd Wahid
LABUAN: UMNO dan rakyat berpisah tiada, ia akan bergerak seiring sejalan dalam mengembalikan kestabilan politik kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Demikian dinyatakan oleh Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Datuk Mohd Ali Hassan (gambar) yang mengakui UMNO sejak dari dahulu lagi dalam soal-soal kebajikan rakyat ianya tetap diletakan sebagai keutamaan.
“Ini bukan sekadar ketika musim-musim perayaan tertentu barulah kita menyantuni mereka yang memerlukan perhatian, malah dalam musibah alam seperti banjir kebakaran,kematian malah misi-misi kemanusia telah kita laksanakan sebelum ini” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Ziarah Kasih Ramadahan yang kali ini diadakan di cawangan UMNO Sungai Bedaun dekat sini kemarin.
Ziarah yang digerakkan oleh kepimpinan cawangan UMNO Sungai Bedaun itu turut disertai oleh ahli jawatankuasa UMNO bahagian serta pemimpin pemimpin vetran UMNO cawangan .
Menurut Mohd Rafi kesediaan pemimpin parti untuk sering bersama rakyat dalam keadaan susah dan senang membuktikan parti UMNO bukanlah sebuah parti bermusim yang hanya timbul ketika ingin meraih sokongan dari rakyat
“ Kita tidak membudayakan politik seperti ini, malah seharusnya kita meletakkan UMNO itu sentiasa ada di hati masyarakat lebih-lebih ketika mereka benar-benar mengharapkan perhatian kita sebagai pemimpin” jelas beliau.
Mengulas lanjut program tersebut Mohd Rafi berkata, selaras dengan konsep kerajaan perpaduan yang yang bercirikan kerajaan Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ,adalah diharapkan program ziarah ramadahan ini akan menjadi pengukuh semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan silatulrahim antara ahli,pemimpin dan parti.
Katanya, usaha ini sudah tentu mampu menyamai nilai-nilai murni semangat kekeluargaan pengajaran terarah kepada pembinaan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni yang begitu penting bagi mempertahankan kerajaan perpaduan hari ini.
Menurut Mohd Rafi lagi dalam keadaan rakyat khususnya mereka yang sakit berpendapatan rendah ekoran ekonomi negara yang merundum selepas beberapa tahun dilanda wabak covid ,program ziarah ramadahan yang diadakan ini bukan sahaja sekadar ziarah tapi turut menghulurkan bantuan kewangan dan keperluan makanan yang diharapkan mampu meringankan beban mereka yang terkesan dan susana aidilfitri tahun ini dapat disambut dengan keceriaan.