Pemimpin masyarakat disaran kemaskini profil kampung – Redonah

KOTA MARUDU: Pemimpin masyarakat peringkat akar umbi disaran turun padang mengemas kini data-data dan profil kampung masing-masing.

Advertisements

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda berkata pemimpin masyarakat khususnya Ketua Kampung mereka dilantik sebagai mata dan telinga pihak kerajaan untuk memastikan kesejahteraan komuniti yang diamanahkan kepada masing-masing pemimpin masyarakat terbela.

Beliau berkata peranan Ketua Kampung diibaratkan jambatan bagi memudahkan interaksi antara kerajaan dengan rakyat melandasi sebarang dasar yang diformulasikan oleh pihak kerajaan agar difahami oleh rakyat, serta inti pati formulasi itu sampai kepada peringkat akar umbi.

Sebagai mata dan telinga kerajaan para pemimpin masyarakat haruslah sentiasa sensitif terhadap apa jua sebarang salah laku atau salah sebar oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab tentang maklumat-maklumat palsu atau bersifat fitnah serta memburuk sangka terhadap kerajaan.

“Pelbagai inisiatif yang diumumkan oleh pihak kerajaan harus dibantu oleh pemimpin masyarakat agar disebarkan secara meluas kepada masyarakat dengan pemahaman yang betul, bukan disalah tafsirkan atau sengaja dipersenda-remehkan tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa Taklimat Integriti, Mediasi, Peranan dan Tanggungjawab Ketua-Ketua Kampung N.6 Bandau di Dewan PPR Taman Korongkom Jaya, Kota Marudu semalam. Dalam majlis itu, penduduk setempat turut diberikan bantuan barangan makanan oleh Redonah.

Menurut Redonah peranan ketua kampung perlu tangkas dalam memastikan maklumat yang tepat dan sahih terus sampai kepada orang ramai sebagai salah satu usaha membentuk komuniti yang bermaklumat.

Jelasnya pemimpin masyarakat yang berada di barisan hadapan perlu tahu kesahihan sesuatu maklumat selain menjadi ejen kerajaan dalam membentuk komuniti yang bermaklumat dan informatif.

Komunikasi secara bersemuka bukan sahaja kaedah yang efektif dalam penyaluran maklumat tetapi masyarakat setempat dapat memahami dengan lebih mendalam berkaitan dasar-dasar negara dan maklumat yang diperoleh dapat disampaikan ke peringkat akar umbi menerusi program-program yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan.

Pemimpin masyarakat hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan perpaduan dan permuafakatan akan terjalin dengan lebih erat dan produktif. Adalah menjadi tanggungjawab utama pemimpin masyarakat setempat untuk mengenal pasti keperluan penduduk di kawasan mereka bagi memastikan wujudnya penyelarasan projek-projek pembangunan.

Redonah yang juga Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) berkata mereka haruslah memberi perkhidmatan yang bermutu dan peka dengan keperluan rakyat. Pemimpin masyarakat perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat setempat di bawah jagaan mereka.

Justeru itu, mereka perlu mempunyai hubungan yang baik antara wakil rakyat dan pemimpin masyarakat dengan masyarakat setempat untuk menyampaikan memberikan maklum balas yang betul mengenai agenda pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan ujarnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles