Berita Bergambar — π˜Ώπ™žπ™¨π™ π™ͺπ™¨π™ž π™—π™šπ™§π™¨π™–π™’π™– π™¬π™–π™§π™œπ™– π™Žπ™šπ™ π™€π™‘π™–π™ π˜Όπ™œπ™–π™’π™– π™‰π™šπ™œπ™šπ™§π™ž (π™Žπ˜Όπ™‰) π™π™–π™£π™Ÿπ™ͺπ™£π™œ 𝙋𝙖π™₯𝙖𝙩

SANDAKAN: Bersama dengan pasukan Pusat Khidmat ADUN N.56 Tanjong Papat telah melawat ke Sekolah Agama Negeri (SAN) Tanjung Papat untuk mendengar serta memahami keperluan daripada sekolah ini.

Menurut Pengerusi PIBG Cikgu Amir, sekolah ini telah lama ditubuhkan dan masih mengalami banyak kekurangan bagi memberi keselesaan dan keperluan pelajar di situ. Buat masa ini, sebanyak 162 orang pelajar yang belajar di sekolah tersebut.

Pihak PIBG dan sekolah telah mengajukan beberapa perkara yang diperlukan untuk menambahbaik keadaan sekolah termasuk meja, kerusi, penghawa dingin dan lain lain.

Pihak kami akan meneliti permintaan dan keperluan sekolah tersebut dan akan memberi bantuan yang sewajarnya bagi memastikan pelajar-pelajar di situ dapat berada di suasana yang lebih selamat dan selesa semasa belajar.

Terima kasih kepada pihak PIBG dan SAN khususnya Pengerusi PIBG Cikgu Amir dan Guru Besar SAN Tanjung Papat Ustaz Hasbullah atas jemputan dan penerangan yang disampaikan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles