UMNO Sipitang diarah adakan semula mesyuarat bahagian

SIPITANG: UMNO bahagian diarah untuk mengadakan semula mesyuarat perwakilan bahagian berikutan ketidakteraturan perjalanan mesyuarat yang diadakan pada 18 Mac lepas.

Advertisements

Mengikut satu surat yang tular di beberapa kumpulan WhasAspp yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat parti dan ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 Tan Sri Shahriir Abdul Samad setelah penelitian terhadap aduan yang dikemukan pihak Jawatankuasa Bantahan Pemilihan UMMNO Malaysia 2023 telah membuat keputusan dan ketetapam bahawa Mesyuarat dan pemilihan UMNO bahagian Sipitang yang diadakan pada 18 Mac lepas adalah tidak sah.

Sehubungan dengan itu UMNO Bahagian Sipitang perlu membuat pemilihan semula bagi semua peringkat jawatan di dalam UMNO bahagian tidak melibatkan pemilihan di peringkat Pusat.

Menurut surat tersebut calon-calon perlu menggunakan No calon dan perwakilan yang sama untuk proses pemilihan semula.

Sementara Tarikh ,masa dan tempat untuk pemilihan semula UMNO bahagian Sipitang perlu ditentukan dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri dan badan perhubungan UMNO Sabah.

Beberapa pemimpin UMNO bahagian Sipitang ketika dihubungi mengenai perkara ini mengsahkan menerima Salinan surat tersebut yang kini mula tular di kumpulan WahtAspp.

Difahamkan semasa proses pemilihan UMNO bahagian Sipitang pada 18 Mac lepas pihak Pengerusi dan jawatankuasa pemilihan tidak melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka secara telus apabila pengerusi mengumumkan jumlah kehadiran perwakilan yang layak mengundi pada hari tersebut sebanyak 705 perwakilan sementara kertas undi yang dikeluarkan sebanyak 820 yang melebihi dari jumlah kehadiran sebanyak 115 orang.

Dalam pertandingan melibatkan empat penjuru untuk jawatan Ketua Umno bahagian penyandang Datuk Dr Kamarlin Haji Ombi yang dicabar oleh bekas Setaiusaha Umno Bahagian Haji Abdul Rahman Noh ,Bekas Ketua Pemuda Umno Sipitang Sani Miasin dan Pg Junaidi Tuah

Persaingan sengit berlaku antara Kamarlin dan Abdul Rahman dimana Abdul Rahman memperolehi 255 dam Kamarlin 254 dengan kelebihan 1 undi semasa proses pengiraan undi.

Walaupun berlaku proses bantahan semasa porses pengiraan namun pengerusi jawatankuasa Pemilihan Datuk Ahmad Bujang terus mengumumkan keputusan ekoran kebimbingan akan berlaku perkara perkara yang tidak diingani walaupun sudah dikenal pasti terdapat kelebihan kertas undi semasa pemilihan tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles