Kelab Rakan Usukan , SSK CENTRE ganding bahu anjur program Back To School

KOTA BELUD: Alam persekolahan selepas cuti sebulan akan bermula Isnin depan.

Advertisements

Pelbagai persiapan dilakukan bukan sahaja oleh ibu bapa, malah dalam kalangan pelajar sendiri.

Ini termasuk persiapan diri dengan rambut yang pendek serta kemas.

Sehubungan itu, Kelab Rakan Usukan bersama SSK Centre mengambil inisiatif menganjurkan program Back To School khususnya khidmat gunting percuma kepada pelajar kurang berkemampuan.

Selain gunting rambut, program sehari yang diadakan di Kampung Pirasan itu menawarkan pemerikasaan gigi, kesihatan percuma.

Program itu turut disertai Pusat Ekonomi Digital (PEDI) dan pameran pusat kraftangan Kota Belud

Program Back To School yang merupakan hasil cetusan idea bekas Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak itu diadakan hampir setiap tahun.

Inisiatif Back To School, antara lain, bertujuan membantu mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan.

Lebih 200 pelajar di sekitar daerah Kota Belud mendapat manfaat daripada program Back To School tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles