BEAUFORT: Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort yang baru dinobtakan pada pemilihan parti itu pada Sabtu Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahaya bertekad untuk menjadikan barisan pemuda menjadi barisan hadapan parti dan juru bicara rakyat dalam seganap lapiasan isu yang membabitkan kepentingan rakyat.
Katanya fokas utama ialah membantu parti itu bangkit semula khususnya dalam mengembalikan sokongan anak muda terhadap parti tersebut
Menurut Ak Mohd Yazri, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan dalam keadaan politik semasa yang sangat dinamik dan sentiasa berubah, UMNO sudah pasti akan menghadapi cabaran untuk terus kekal relevan dan menjadi suara kepada rakyat terutama menarik sokongan anak muda untuk berjuang bersama dalam UMNO
“Bagi memastikan penyatuan dan kekuatan kita, pemuda sentiasa utuh untuk sederap selangkah melangkah kehadapan, menjadi perisai parti keramat yang kita sayangi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas diumumkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort bagi sesi 2023-2026 di dewan Kemas Beaufort malam tadi.
Dalam perlawanan satu penjuru itu ,Ak Mohd Yazri mengenepikan pencabarnya bekas Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Fadthul Radzi lee Mohd Fadzlee dengan majoriti 18 undi.
Ak Mohd Yazri berkata, untuk mengembalikan sokongan anak muda kepada UMNO Pergerakan pemuda UMNO perlu bangkit dan mendekati golongan ini untuk sama-sama berjuang bersama UMNO
Sehubungan itu, katanya, pelbagai perancangan akan diatur dalam menarik sokongan anak muda khususnya sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) dalam keadaan lebih mantap.
“Pendekatan kita kepada golongan anak muda perlu relevan dengan keadaan semasa tanpa mengenapikan kegiatan tradisi sukan, kebudayaan, Pendidikan dan kebajikan golongan ini,” katanya
Ak Mohd Yazri menambah Bagi memastikan penyatuan dan kekuatan ,pemuda sentiasa utuh untuk sederap selangkah melangkah kehadapan, menjadi perisai parti keramat yang banyak berjasa kepada bangsa, agama dan negara.
Sambil menghargai dan berterima kasih atas sokongan dari para perwakilan yang memilih beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort yang baru, Ak. Mohd Yazri berkata pemilihan beliau merupakan satu amanah dari ahli-ahli pemuda yang perlu digalas secara berkumpulan bagi memastikan kehadiran pemuda dapat dirasai oleh ahli-ahli parti di peringkat akar umbi.
“Bagi memastikan penyatuan dan kekuatan kita, pemuda sentiasa utuh untuk sederap selangkah melangkah kehadapan, menjadi perisai parti keramat yang kita sayangi,” katanya.
Selain itu, katanya, beliau juga mensasarkan untuk menambah semula keahlian jentera Pemuda UMNO susulan parti itu telah melalui proses pemutihan sebelum ini.