Kerajaan GRS digesa pegang janji tidak usir penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru sehingga tempat baru disediakan

KOTA KINABALU, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) digesa berpegang kepada janji tidak akan mengusir sekitar 200 penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru sehingga tempat baharu disediakan untuk mereka berpindah.

Advertisements

Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru Datuk Junz Wong berkata janji itu dibuat oleh Datuk Masidi Manjun ketika beliau masih menyandangkan jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah semasa menjawab soalannya di persidangan Dewan Undangan Negeri sebelum ini.


Beliau berkata Masidi juga pada ketika itu turut menjelaskan bahawa kajian kesesuaian akan dilakukan bagi menentukan sama ada Rumah Pangsa Tanjung Aru selamat didiami atau sebaliknya.

Junz berkata sehingga kini, hasil kajian itu belum lagi diumumkan, dan meminta dapatan itu diumumkan secepat mungkin.

Oleh itu, katanya beliau sedia membawa dan membangkitkan isu itu pada persidangan DUN Sabah akhir bulan ini.

Katanya para penghuni kini dalam delima memandangkan belum keputusan yang dibuat berhubung masa depan mereka.

Junz berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan penghuni rumah pangsa berkenaan di Tanjung Aru pada malam Ahad.

Beliau juga berharap kerajaan dapat menyediakan tempat tinggal yang tidak jauh dari bandaraya Kota Kinabalu dan mencadangkan kawasan Kibabaig sebagai salah satu alternatif jika rumah pangsa tersebut didapati tidak lagi selamat untuk diduduki.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles