Oleh Jaafar Abd Wahid
KOTA KINABALU: Ahli UMNO di negeri ini diajak untuk kembali merenung serta menginsafi susur jalur sejarah perjuangan parti keramat yang banyak memberikan jasa serta sumbangan kepada bangsa agama dan negara.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata,UMNO bukan sekadar sebuah parti politik tetapi UMNO merupakan sebuah institusi yang tercetus selepas berakhirnya perang dunia kedua oleh golongan bijak pandai Melayu dimana UMNO dilahirkan di Istana Johor.
Menurut Bung tugasan pertama selepas penubuhan UMNO ialah menentang rancangan British untuk membentuk Malayan Union yang akan mengakibatkan ancaman kepada orang Melayu dan Raja-Raja Melayu dan dua tahun selepas itu British mengalah dan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk diikuti dengan merdeka sembilan tahun kemudianya
“Jika di negara Asia yang lain mereka memperolehi kemerdekaan melalui tumpah darah, kematian, kemusnahan, dan kekacauan, UMNO telah mengemudi laluan diplomasi dan rundingan secara aman untuk memastikan negara tercinta ditadbir sendiri tanpa campur tangan pihak luar,” katanya
Bung berkata sejarah membuktikan UMNO telah berjaya membangunkan kaum Melayu dari sektor pertanian di luar bandar ke suatu golongan profesional yang berpendidikan tinggi dan dihormati, atas dasar pendidikan UMNO dan azam untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif dan berpendidikan.
Semua ini dilakukan oleh pemimpin terdahulu dengan semangat perjuangan dan pengorbanan bukan sahaja membebaskan negara dari belanggu penjajahan tapi mengangkat mertabat bangsa Melayu/Bumiputera yang bermaruah .
“Hari ini dua istilah yang paling banyak kita gunakan atau disalahgunakan dalam dunia politik iaitu perjuangan dan “pengorbanan”
“Kedua-dua perkataan ini adalah mulia dan juga murni serta memperlihatkan gambaran bahawa mereka yang berpegang kepada perkataan ini pasti mempunyai nilai yang tidak mementingkan diri sendiri.Tetapi berapa ramai yang menggunakan perkataan ‘perjuangan’ dan ‘pengorbanan’ itu memahami pengertiannya ?
“Sayangnya, dalam dunia hari ini, sikap tidak mementingkan diri, yang ikhlas ‘perjuangan’ dan ‘pengorbanan’ semakin pupus. Perkataan-perkataan itu hanyalah menjadi permainan di bibir, keikhlasan dengan memahami erti serta semangat perkataan itu sudah lama lenyap di hati.
“Jadi, sudah tiba masanya untuk kita bersama-sama kembalikan semula erti sebenar ‘perjuangan’ dan ‘pengorbanan’ tersebut dengan semangat penuh keikhlasan” katanya.
Bung yang juga Ahli Majlis tertingggi Umno dan akan mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan UMNO 2023-2026 berkata demikian dalam perutusannya sempena persidangan UMNO Wanita, Pemuda,Puteri pada 11 Mac ini dan bahagian pada 18 Mac akan datang
Sehubungan itu beliau mahu ahli-ahli UMNO untuk bersama-sama mengembalikan semula erti sebenarnya nilai “ perjuangan dan pengorbanan dengan prinsip dan perjuangan yang penuh keikhlasan jika mahukan UMNO kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat.
“Kita melihat ada dikalangan rakan-rakan kita yang sudah berhijrah semasa bersama UMNO mereka mendapat kedudukan dan tempat yang lebih baik bersama UMNO, tapi hari ini nilai perjuangan mereka telah jauh tersasar dari prinsip yang sebenarnya lalu meninggalkan perjuangan bersama UMNO dan lebih memedihkan mencemuh parti yang telah menghidupkan mereka pada kedudukan sekarang,” jelas Bung.
Bagi Bung inilah pemimpin yang tidak berprinsip dan setia dalam perjuangan mereka lari kerana mengajar kedudukan demi kepentingan peribadi
“Yang pergi kita biarkanlah mereka pergi yang setia bersama perjuangan ini. kita pelihara elok-elok , kita sampaikan pesanan kepada rakyat di luar sana “UMNO is back, and we are here to stay” katanya
Sempena dengan persidangan tahun ini Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan mengingatkan ahli UMNO khususnya di negeri ini agar merapatkan saf menghadapi cabaran mendatang bagi mendapatkan kemenangan bersma dimana menurut beliau, kekuatan dan kemenangan hanya akan dapat dicapai melalui semangat kerja berpasukan ahli-ahli UMNO di semua peringkat.
“ Dalam pemilihan ini ahli parti perlu bijak memilih pemimpin yang komited dalam meneruskan agenda perjuangan UMNO ,ini penting bagi memastikan parti keramat ini didukung oleh pemimpin yang ikhlas berjuang dalam membawa aspirasi parti UMNO,” katanya .
Bung juga turut menyentuh agar kepimpinan bahagian khususnya Biro Penerangan,Wanita,Pemuda dan Puteri agar lebih proaktif menguasai media baharu seperti Facebook, instigram Tik Tok dan portal dalam menangani isu yang dimainkan oleh pihak lawan memburuk-burukan parti dan pemimpin dimana menurut beliau jika ini tidak ditangani dengan bijaksana ianya akan melahirkan prasepsi yang negetif kepada parti dari sudut pandangan orang luar dengan pelbagai tomahan dan fitnah yang dimainkan oleh pihak lawan di media sosial dan sebagainya.
“ Fungsi media baharu ini penting terutamanya di kalangan generasi muda selain digunakan sebagai alat menangis tomahan dan fitnah pihak lawan kita juga boleh memasarkan program program yang dilakukan oleh parti kepada masyarakat umum,” tambah Bung.