Anak yatim, asnaf terima sumbangan Puspanita Kuskop, Tekun Nasional

KAJANG, SELANGOR: Seramai 50 anak yatim dan asnaf pusat pendidikan dan kebajikan Pertubuhan Warisan Suci Sg.Merab, di sini, menerima sumbangan daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Advertisements

Sumbangan itu disampaikan sempena lawatan pertama Penaung Puspanita yang baharu Datin Connie Parantis di rumah kebajikan itu, baru-baru ini.

Ketika berucap pada majlis itu, Connie berharap program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu diteruskan agar lebih ramai golongan memerlukan mendapat pembelaan dan perhatian daripada kerajaan.

“Saya mengalu-alukan usaha ini kerana ia bukan sahaja membawa keceriaan kepada kanak-kanak di pusat kebajikan ini tetapi juga membantu meringankan sedikit bebanan pihak pengurusan pusat ini.

“Saya juga berharap usaha murni ini diteruskan serta dimantapkan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Connie berkata, majlis seumpama itu memberi peluang kepada anggota Puspanita Kuskop menjalin hubungan mesra dan merapatkan silaturahim dengan anak-anak yatim.

“Syabas kepada Puspanita Cawangan Kecil TEKUN Nasional kerana berjaya melaksanakan program ini,” katanya.

Lawatan dan Ramah Mesra ke Rumah Anak-Anak Yatim Pertubuhan Warisan Suci, Sg.Merab Selangor itu dianjurkan oleh Puspanita Cawangan KUSKOP bersama Biro Kebajikan, Puspanita Cawangan Kecil Tekun Nasional.

Turut hadir Pengerusi PUSPANITA Cawangan KUSKOP dan Biro Kebajikan, Puspanita Cawangan Kecil TEKUN Nasional Nora Mat Ail.

Sumbangan berupa barang-barang keperluan harian kanak-kanak yang berumur antara empat dan lima tahun itu disumbangkan oleh warga kerja TEKUN Nasional.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles