Sabah pengeluar utama biji koko negara – Siti Aminah

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Sabah merupakan pengluar utama biji koko negara dimana ia turut menyumbang sebanyak 57% daripada jumlah keluasan tanaman koko negara seluas 3,444 hektar.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata petani koko di negeri ini turut menyumbang kepada pengluaran biji koko dan coklat premium termasuk coklat Bean-To- Bar coklat Single Origin dan Artisanal Chocholate yang merupakan antara produk petani koko Kota Marudu dan Keningau

Sehubungan itu, Siti Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort mahu industri itu dimajukan sebagai satu industri pertanian yang mampu meningkatkan taraf pendapatan seharian khususnya kepada petani koko di negeri ini.

“Potensi tanaman koko di negeri ini boleh dimajukan dan dikembangkan lagi, sehubungan itu galakan perlu diberikan kepada pekebun melalui penyelidikan bantuan serta khidmat nasihat kepada pekebun untuk terus meningkatkan kualiti tanaman koko mereka,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan bersama kaki tangan Lembaga Koko Malaysia di Ibu Pejabat (LKM) di sini pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Pengarah (LKM) Dr. Ramle Haji Kasin dan Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan (LKM) Dr.Ahmad Kamil Haji Mohd Jaafar.

Menurut Siti Aminah dalam tahun 2023 LKM akan melaksanakan projek Tanaman Baharu (TB23) dengan sasaran keluasan 200 hektar di seluruh negara dan dari jumlah tersebut 100 hektar adalah di Sabah dan 80 hektar di Sarawak dan 20 hektar di Semanajung.

Siti Aminah menambah industry hiliran di Sabah kini terdiri daripada empat syarikat pengilang coklat dan konfekasi koko serta 34 usahawan coklat tempatan dimana pada tahun 2022 nilai jualan usahawan coklat di Sabah adalah berjumlah RM792,351.

“Selaras dengan Pelan Strategi Lembaga Koko Malaysia (PSLKM), saya berharap program-program pembangunan untuk meningkatkan pengluaran koko, kemampanan koko akan terus digerakkan bagi meningkatkan pengluaran koko dan pendapatan petani dan usahawan,” katanya.

Siti Aminah menambah usaha-usaha berterusan (LKM) akan dapat membantu meningkatkan lagi hasil jualan usahawan dan menambah bilangan penguasaha-pengusaha Koko di Malaysia.

Mengenai lawatan itu, Siti Aminah yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort berkata ianya bertujuan menyelami dengan lebih lanjut pelan tindakan pembangunan industri koko, meninjau pembangunan industri koko di negeri ini selain suai kenal dengan kaki tangan Lembaga Koko Malaysia yang bertugas di Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles