KOTA KINABALU: Seramai 80 pemain menyertai kejohanan golf amal sempena ulang tahun Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-38 di Sabah Golf Club Country (SGCC) di sini, pada Sabtu.
Kejohanan yang dihoskan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Presiden PBS itu berjaya mengumpul dana sebanyak RM8,000 yang akan disumbangkan kepada yang memerlukan seperti rumah anak yatim dan golongan tua.
Ia terbahagi kepada empat kategori iaitu kategori VIP yang dimenangi oleh Tan Peng Yuan, kategori Closed Nett yang dimenangi oleh Richard Madanan, kategori Closed Gross yang dimenangi oleh Khairol Majide dan kategori Terbuka yang dimenangi oleh Adrian Alang.
Dr. Joachim merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang yang terdiri daripada syarikat-syarikat dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta beberapa individu perseorangan yang telah menghulurkan sumbangan amal.
Beliau juga berterima kasih kepada semua penderma dan peserta kejohanan pada kali ini.