Sabah siap sedia terima ledakan pelancong China – Joniston

KOTA KINABALU: Sabah kini bersiap sedia untuk menerima ledakan pelancong China selepas sekatan Covid-19 ditamatkan.

Advertisements

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Negeri Datuk Joniston Bangkuai berkata China merupakan pasaran utama dan penting bagi negeri Sabah, terutama daripada segi pelancongan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) turun padang bagi menyambut ketibaan 140 penumpang dari Guangzhou, China hari ini, sekali gus menandakan penerbangan terus pertama dari negara itu sejak meletus pademik Covid-19.

Para penumpang yang menggunakan khidmat penerbangan AirAsia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 5.30 pagi.

Air Asia tambang rendah juga dijadual menerbangkan penumpang dari Shenzhen, China ke KKIA pada Jumaat.

Menurut Joniston, Sabah menjangkakan peningkatan kemasukan pelancong China dalam beberapa bulan akan datang, sekali gus bakal memperlihatkan peningkatan penerbangan terus antara beberapa bandar di China dan Sabah.

Sebelum wabak itu, katanya sebahagian besar pelancong antarabangsa yang melawat Sabah datang dari negara China, dengan jumlah 598,566 pelawat direkodkan pada 2019.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles