Parti Gagasan Rakyat Sabah bakal jadi parti dominan dalam gabungan GRS ?

KOTA KINABALU: Selepas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor secara rasmi menerajui Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Sabah) baru-baru, parti itu dikhabarkan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Advertisements

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata ini terbukti apabila jumlah keahlian parti tempatan itu kini sudah menjangkau lebih100,000 orang.

Berikutan sambutan hangat itu, katanya Gagasan Rakyat bakal dilancarkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), dekat sini pada 2 Mac ini.

Beliau berkata pelancarannya akan disempurnakan oleh Hajiji, selaku presiden parti tersebut.

“Kita menjangkakan kehadiran kira-kira 5,000 orang dari seluruh Sabah. Ketika ini kita mempunyai hampir 100,000 ahli, majoritinya dari BERSATU selepas keluar dari parti sebelum ini.

“Kita menjangkakan ramai lagi permohonan bekas ahli BERSATU dan mereka yang belum ada parti serta berminat menyokong kepemimpinan Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sementara itu, pemerhati politik berpendapat adalah terlalu awal menilai kekuatan sebenar Gagasan Rakyat apabila berdepan saingan utama Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), dan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Rata-rata mereka berpendapat, berbanding anggota GPS di Sarawak, parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk Gagasan Sabah, majoritinya pernah menyarung jersi “parti Malaya” sebelum ini, dan kini hanya menukar jersi “parti tempatan”.

Menurut mereka pemain-pemain politik terbabit masa orang yang sama.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles