Zaki sambut baik Bajet Madani 2023 tambah pos kawalan di ESSZONE

KOTA KINABALU: Belanjawan 2023 yang memperuntukkan RM18.5 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan RM17.7 bilion kepada Kementerian Pertahanan perlu mengambilkira perancangan strategik dalam mempertahankan kedaulatan negara khasnya di Sabah selain lebih fokus kepada keperluan penugasan dan kebajikan pegawai serta anggota yang masih berkhidmat.

Advertisements

Menurut Penasihat Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS), Mohd Zaki Harry Susanto, perhatian juga harus diberikan kepada pesara dan bekas Polis selain veteran tentera yang berhadapan cabaran selepas meninggalkan atau menamatkan perkhidmatan mereka.

“Peruntukan RM36.2 bilion kepada KDN dan Mindef juga perlu memberikan keutamaan kepada usaha mengurangkan risiko serta ancaman di kawasan panas iaitu kawasan pesisir dan sempadan darat dengan negara jiran. Ia penting agar jenayah rentas sempadan mampu dikekang dan kedaulatan negara tidak mudah dibolosi.

“Dalam hal ini, perancangan kerajaan menambah 42 pos kawalan sempadan Pasukan Gerakan Am, Jabatan Imigresen dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) khasnya di ESSZONE bagi memperketat kawalan sempadan negara harus diberikan pujian. Keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat Sabah bukanlah perkara yang boleh dikompromi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaki turut mengingatkan kerajaan
agar membuat persediaan lebih awal khususnya di kawasan sempadan darat Sabah dan Sarawak dengan negara Indonesia sebelum ibu negara jiran itu dipindahkan ke Kalimantan.

Infrastruktur keselamatan seperti di daerah Kalabakan, Sabah perlu segera ditambahbaik kerana keadaan terkini kem tentera dan Balai Polis di kawasan Kalabakan tidak memberikan gambaran kesiapsiagaan atau keseriusanan
dalam perkara tersebut, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles