Perkhidmatan ‘Meter Prabyar’perlu diperluaskan ke kawasan luar bandar – Mudi

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) perlu memperluaskan penggunaan perkhidmatan ‘Meter Prabayar’ bagi mengurangkan masalah gangguan bekalan elektrik di kawasan luar bandar.

Advertisements

Ahli Majlis Tertinggi (AMT), Parti Warisan (WARISAN) Mudi Dubing berkata, hampir setiap hari masalah gangguan bekalan elektrk dilaporkan berlaku menyebabkan kegiatan seharian penduduk di kawasan luar terganggu.

Katanya, namun pada setiap akhir bulan mereka terpaksa membayar bill elektrik meskipun gagal memperoleh bekalan yang diharapkan.

“Kita semua tahu…Hasil pendapatan seharian penduduk luar bandar hanya bergantung penuh kepada sumber pertanian untuk menampung kehidupan mereka.

“Kita cadangan agar SESB dapat memperluaskan perkhidmatan Meter Prabayar ke kawasan luar bandar bagi membolehkan penduduk luar bandar dapat merancang perbelanjaan mereka kelak,” katanya.

Mudi merupakan Pemangku Ketua Bahagian Pensiangan berkata, lebih mendukacitakan apabila gangguan bekalan elektrik menyebabkan kelas pembelajaran secara online selalu terganggu akibat masalah berkenaan.

“Ada kalangan penduduk luar bandar terpaksa menanggung kadar bill yang tinggi menyebabkan mereka tidak mempunyai kemampuan untuk melunaskan pembayaran tersebut.

“Apabila gagal membuat pembayaran sudah tentu bekalan elektrik dipotong….Akibat masalah ini pembelajaran anak mereka sering terganggu. Jadi dengan adanya perkhidmatan Meter Prabyar penduduk mereka boleh merancang penggunaan itu berdasarkan kemampuan mereka,” katanya.

Beliau bersedia bekerjasama untuk mengadakan perbincangan secara terperinci bersama SESB bagi memastikan perkhidmatan ini dapat diperluaskan ke kawasan luar bandar.

“Apa yang penting penduduk luar bandar dapat menikmati perkhidmatan bekalan elektrik yang sangat stabil sekali gus tidak terbeban dengan keadaan bill semasa,” katanya.

Baru-baru ini, Pengurus Besar Pembahagian Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir. Addie Ahmad akan melantik sebuah syarikat berlesen untuk mengagihkan bekalan elektrik secara bebas ke penempatan setinggan di seluruh Sabah.

Projek perintis membekalkan elektrik menggunakan konsep meter prabayar ini telah dimulakan di Kampung Forest, Sandakan pada hujung tahun lalu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles