KOTA KINABALU: imbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam telah menyampaikan watikah pelantikan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) baharu, Henry Idol, hari ini di bangunan Wisma Innoprise, Kota Kinabalu.
Henry 56, telah menjawat jawatan dalam sektor Perkhidmatan Awam selama 30 tahun.
Sebelum ini, beliau bertugas di beberapa Kementerian dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Tetap II Sumber Manusia, Teknologi dan Inovasi serta menjadi Pegawai Daerah Penampang dan Keningau.
Beliau akan memulakan perkhidmatannya pada bulan ini menggantikan Presiden sebelum ini, Benedict Asmat.
Dr. Joachim berharap Henry dapat menjalankan tugas dengan cekap, amanah dan dedikasi, demi rakyat dan negeri ini.
Hadir sama dalam majlis ialah Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Dr. Jamili Nais.