Dari jurutera biasa kini bergelar Pembantu Menteri – Peto Galim

KOTA KINABALU: Siapa sangka, bekas seorang jurutera biasa kini bergelar Pembantu Menteri dalam barisan pimpinan kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Advertisements

Kata orang ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.

Itulah perumpamaan sesuai untuk bekas jurutera TM Peto Galim dari Kampung Keliangau, Menggatal dekat sini yang kini semakin popular dan disenangi rakyat, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Inanam.

Peto, 57, merupakan antara tiga ADUN mengangkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Khamis.

Selain Peto, turut mengangkat sumpah jawatan ialah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Ruslan Muharam yang juga ADUN Lumadan dan ADUN Likas, Tan Lee Fatt daripada DAP.

Pelbagai pihak menyambut baik pelantikan Peto sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri dan menyifatkannya sebagai “perfect gift” untuk rakyat Inanam sempena tahun baru dan sambutan Tahun Baharu Cina.

Jaipol Biasin dari Kampong Tobobon Bukit menyifatkan pelantikan Peto yang juga Ketua PKR Sepanggar dan ADUN Inanam sebagai Pembantu Menteri sebagai tepat pada masanya dan wajar disokong oleh semua pihak.

sdr

“Saya melihat Peto seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa.

“Lihat sahaja, sewaktu berada dalam blok pembangkang dua tahun yang lalu (tanpa peruntukan atau dana dari kerajaan), Peto tetap bekerja keras dan berusaha setakat yang mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Inilah pemimpin rakyat yang kita mahu sentiasa turun padang dan mendengar keluhan rakyat…dan mudah didampingi rakyat,” katanya.

Jaipol berharap dengan pelantikan sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri, Peto dapat membantu memperhebatkan lagi program pembangunan di DUN Inanam, terutama sektor pertanian.

“Kami juga menaruh harapan agar Peto dapat berbuat sesuatu untuk membantu rakyat khususnya menangani masalah bekalan air bersih di kawasan perkampungan bukit, penggazetan tanah kampung dan jalan raya kampung,” katanya.

Sehubungan itu, Jaipol mengajak rakyat Inanam supaya memberi sokongan padu kepada Peto demi masa depan yang lebih baik.

Raymond Sin Khiong dari Kampung Tenggiling pula mengumpamakan Peto sebagai “Mutiara Berharga” yang bakal menyinar dan menyerlahkan kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan di DUN Inanam.

“Kami berharap beliau akan meneruskan agenda pembangunan DUN Inanam dan meneruskan program-program yang memberi manfaat kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

“Kami juga berharap beliau akan meneruskan sokongan sepenuhnya ke arah mempergiatkan lagi aktiviti pertanian termasuk penanaman durian Musang King bagi membantu menjana pendapatan penduduk kampung di bahagian bukit,” katanya.

Raymond berkata rata-rata penduduk di kawasan bukit bergantung sepenuhnya kepada belakan air graviti dan sudah tiba masanya penduduk kampung menikmati belakan air bersih atau terawat.

Menurutnya penduduk kampung terutama yang tinggal di bukit-bukit kini mengharapkan “tuah Peto Galim” untuk mencari formula terbaik bagi merealisasikan impian ribuan penduduk menikmati belakan air yang lebih baik dan stabil.

Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 (PRU DUN 16) menyaksikan Peto menang di DUN Inanam dengan majoriti 5,638.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles