Kerajaan Sabah komited beri sokongan kepada masyarakat Tionghua

Perutusa Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sempena Tahun Baharu Cina

Advertisements

KOTA KINABALU: Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Sabah Maju Jaya
Kita bersyukur kerana masyarakat Tionghua dapat menyambut dan meraikan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, dalam suasana aman, harmoni dan penuh muhibah.
Kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan kepada masyarakat Tionghua untuk menganjurkan aktiviti kebudayaan mereka, termasuk Tahun Baharu Cina. Perayaan ini turut diraikan bersama rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.
Dalam Zodiak Cina, 2023 menandakan Tahun Arnab – haiwan yang dikaitkan dengan keamanan, kemakmuran dan umur panjang. Tahun Arnab juga menandakan tahun harapan yang sememangnya amat tepat apabila kita keluar daripada tempoh dua tahun pandemik yang mencabar. Semoga Tahun ini akan membawa lebih banyak keharmonian, kemajuan ekonomi dan kemakmuran kepada rakyat serta negeri Sabah.
Bagi pihak kerajaan negeri dan keluarga, saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Tionghua dan yang meraikannya di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles