Pelancong Singapura ditemui selamat selepas sesat di hutan simpan kebun Cina

 
SANDAKAN: Seorang pelancong rakyat Singapura dilaporkan masuk trail di Hutan Simpan Kebun Cina pada jam lebih kurang empat petang dilaporkan tidak kembali  ke pintu masuk pada jam 7.15 malam semalam.

Advertisements

Kejadian tersebut telah dilaporkan kepada Pejabat Perhutanan Wilayah Sandakan.
 
Pasukan telah dibentuk sejurus menerima laporan untuk mencari pelancong tersebut berdasarkan lokasi terakhir beliau dilaporkan berada seperti mana yang dihantar oleh pelancong tersebut.

 Seramai enam belas (16) kakitangan, Protect (5) dan Pejabat Perhutanan Daerah Sandakan telah terlibat.

 Ketangkasan ahli pasukan pencarian yang diketuai oleh Encik Janius Ebin telah berjaya menemui pelancong lelaki berumur 50an tersebut di hutan dalam kegelapan malam pada jam 9.05 malam semalam dalam keadaan selamat dan sedikit cemas.
 
Kejadian ini telah dilaporkan kepada Ketua Konservator Hutan serta merta. Beliau bersyukur kerana pelancong tersebut berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan mengucapkan tahniah kepada kakitangan terlibat kerana telah berjaya melaksanakan pencarian walaupun pada waktu malam kurang 3 jam insiden itu dilaporkan.
 
Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak memasuki laluan rekreasi hutan ketika hari sudah lewat petang kerana dikhuatiri tidak sempat keluar atau tersasar dari laluan tersedia kerana keadaan telah semakin gelap.
 
Hutan Simpan Kebun Cina  (Amenity FR) walaupun kecil iaitu seluas148.7 hektar tetapi keadan geografinya agak mencabar. Oleh itu, pelawat perlu berhati-hati. Dua jenis laluan disediakan untuk tujuan rekreasi hutan disini iaitu laluan konkrit dan laluan  semulajadi. Aktiviti rekreasi tidak dikenakan apa-apa yuran kemasukan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles