PPM Elopura zahir ucapan tahniah pembentukan kabinet Sabah Maju Jaya yang baharu

153

Kenyataan Media Ng Boon Leng
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Unit Pemimpim Pembangunan Masyarakat (UPPM), Elopura.

SANDAKAN: merakamkan ucapan tahniah atas pembentukan semula Kerajaan Negeri Sabah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor setelah melalui krisis politik negeri.

Pujian perlu diberikan kepada kerajaan Sabah Maju Jaya ini kerana telah mengendalikan situasi COVID-19 dengan berjaya dalam tempoh pentadbiran 2 tahun kerana berjaya menyelamatkan ramai nyawa rakyat disamping membawa pelabur baharu, meningkatkan ekonomi dan membawa pembangunan kepada negeri.

Sehubungan itu, sudah sewajarnya kerajaan pimpinan YAB Ketua Menteri ini dipertahankan dalam masa yang sama diharap dapat membawa kejayaan yang lebih besar kepada negeri hasil kerjasama erat dengan ahli kabinet yang baharu.

Mewakili rakyat dan penduduk di DUN Elopura, saya mengharapkan agar kerajaan negeri sentiasa dalam keadaan stabil demi menjamin kepentingan orang awam. Rata-rata penduduk tidak gemar dengan polemik politik yang berpanjangan sehingga menyebabkan kerajaan tidak stabil sekaligus mengganggu kebajikan rakyat.

Berdasarkan pandangan awam, masyarakat memandang tinggi usaha-usaha yang telah dibuat oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama kerajaan negeri kerana adil kepada semua pihak, bertanggungjawab dan berkredibiliti tinggi dalam mengurus negeri.

Selain itu, selaku Timbalan Ketua MCA Bahagian Sandakan diharapkan agar rakyat khususnya pemimpin politik memberi kepercayaan yang tinggi kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk mengurus negeri dengan baik. Masanya untuk kita ketepikan semua perbezaan politik, sebaliknya memberi sokongan penuh kepada YAB Ketua Menteri demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan rakyat.