Salleh nafi dakwaan rasuah, sifatkan ia cubaan cemar nama baik

KOTA KINABALU: ADUN Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan perbuatan mengaitkannya dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang tersebar di media sosial sebagai cubaan mencemar nama baik.

Advertisements

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dan kenyataan ini yang direka dengan niat jahat (mala fide),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan beliau dibuat susulan dakwaan yang tersebar luas di media sosial berhubung penjualan 45 peratus kepentingan rakyat Sabah di Common Tower Technologies, anak syarikat Qhazanah Sabah Berhad kepada syarikat Semenanjung Stealth Solutions Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato’ Amrul Hisyam Alias .

Bekas ketua menteri Sabah itu menegaskan bahawa penjualan saham berkenaan telah mengikut proses yang sewajarnya dan prosedur yang betul.

Ia juga telah diluluskan oleh “kerajaan negeri Sabah “, katanya.

Salleh berkata beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendalangi dakwaan liar itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles