Kerajaan Perpaduan bakal diwujudkan di Sabah ?

KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menzahirkan sokongan penuh terhadap cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diwujudkan satu Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah yang melibatkan seluruh parti politik di negeri ini.

Advertisements

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri yakin dan percaya Kerajaan Perpaduan mampu meredakan suhu politik, sekaligus menstabilkan politik Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bung yang juga ADUN Lamag, berharap Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dapat menerima dengan hati terbuka saranan Perdana Menteri itu demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Mengenai Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-enam Belas pada hari ini, Bung berkata sebahagian besar ahli-ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Sabah tidak dapat menghadirkan diri “kerana perlu berlepas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO”.

“Bagaimanapun, saya bersama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Sabah turut menyokong penuh Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-enam Belas pada 10hb Januari 2023,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles